Skim Cepat Kaya

Dahulu kecoh mengenai skim cepat kaya ini. Sekarang sudah tidak kecoh sangat. Tidak kecoh bukan semestinya sudah tidak wujud. Bak kata pepatah jangan sangka air yang tenang tiada bunya dan jangan sangka lelaki muka baik bukan buaya.hehe..Ok2 don’t oot. Skim cepat kaya masih wujud cuma dalam bentuk berbeza, iaitu online pula sekarang.

Jadi ia berlaku secara senyap sebab sekaran pakai broandband, dulu lain la pakai dailup, bising sikit.Ape aku merepek nie. Secara online berlambak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi mereka guna pelbagai nama atau cara seperti Multi Level Marketing (MLM), walaubagaimanapun modus operandi tetap sama iaitu untuk menipu orang.

Advertisement

Korang bayangkan sehari boleh dapat RM500-1K kadang-kadang ade yang melampau sejam boleh dapat RM300-500. Kalau macam itu pendapatannya, aku rasa ramai jugak rakyat Malaysia jadi top 10 jutawan dekat malaysia. Siap rangking itu tiap-tiap bulan bertukar-tukar.

Tapi aku heran jugak masih ada yang percaya sampai sanggup buat loan dan berlabur berpuluh-puluh ribu. Baik korang main saham sebab risiko sama dengan main saham. Tapi aku rasa risiko skim cepat kaya lagi tinggi, kalau kena tipu satu sen tidak dapat. Ape kata korang masuk ASB jer x pon buat modal meniaga jambu batu dekat pasar malam or tepi jalan. Jadi pikir-pikirkan dan selamat beramal.

Leave a Reply