Kekecohan di Perlawan Piala Malaysia

SUKAN Kelantan hanya kena RM50,000
Oleh Ahmad Khawari Isa
ahmadkhawari@bharian.com.my
Ini denda minimum kerana mengambil kira pelbagai faktor: Taufik

‘PESTA mercun dan bakar kerusi’ ciptaan penyokong Kelantan ketika final Piala Malaysia, Sabtu lalu, dibalas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan denda minimum, semalam.

Advertisement

Penekanan terhadap ‘denda minimum’ keseluruhan berjumlah RM50,000 itu dinyatakan Lembaga Disiplin FAM biarpun mendapati Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersalah terhadap tiga tuduhan yang dikemukakan.

Lebih menarik, jawatankuasa berpendapat FAM ‘sudah mengambil tindakan bersesuaian’ biarpun berlakunya insiden di luar kawalan itu, yang mengakibatkan badan induk itu kini berdepan tuntutan gantirugi berjumlah RM138,150.

Petikan dari akbar Berita Harian.

Pada pendapat anda siapakah yang bersalah dalam perkara ini?Adakah pihak berkuasa, KAFA atau FAM. Kita jangan menunding jari ke mana-mana pihak masing-masing tahu kesalahan atau kelemahan mereka sendiri.

Tapi bagi aku, yang ketaranya bersalah adalah penyokong Kelantan sendiri. Ada cadangan memperkertatkan kawalan keselamatan di pintu masuk. Kalau ketat macam mana sekalipun mercun tetap dapat dibawa masuk kerana mercun besar mana. Penyokong boleh sorok dimana-mana di badan mereka.

Kes bakar kerusi tetap akan berlaku walaupon kawalan ketat di pintu masuk kerana dengan mancis sebatang boleh bakar satu stadium.Jangan sampai pihak berkuasa mengharamkan membawa lighter. Mampus la perokok tegar sebab tidak cukup oksigen.

Kesalahan ini patut letak sepunuhnya keatas penyokong Kelantan sendiri. Pernah terjadi kes sebelum ini? Aku rasa tidak pernah, kecuali kes-kes kecil. Lagipun ini bukan kali pertama kes pertama penyokong Kelantan buat hal.

Korang tau kenapa perkara ini terjadi? Sebab utamanya rakyat kelantan ini semangat kenegerian mereka amat tinggi. Jika tidak percaya, anda boleh perti mana-mana ipt dan perhatikan semangat kenegerian mereka. Di situlah contoh yang paling mudah kita lihat. Lihat berapa ramai penyokong kelantan pergi lihat perlawan final itu. Mengalahkan penyokong negeri sembilan walaupon negeri tersebut hanya bersebelahan.

Jadi aku berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap penyokong yang bertindak liar ini agar dapat menjadi tauladan kepada orang lain supaya tidak mengikut perasaan dan biar mereka sedar bahawa negara ini ada undang-undang.Akhir kata, majulah sukan untuk semua.



Leave a Reply