KOLEKSI SOALAN UJIAN KELAYAKAN SEKOLAH (UKS) SRAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

29 Jun 2019, tarikh UKS akan diadakan bagi kemasukan ke Darjah 1/2020. Kurang lebih 2 bulan sahaja lagi untuk Mama lakukan persediaan untuk Afiq menduduki ujian itu nanti.

Antara buku yang Mama gunakan sebagai latihan awal adalah

Buku contoh soalan ikut format ujian UKS

Buku biru tu Mama beli di pejabat SRAI dengan harga RM 12.00.

Sesi mencetak soalan latihan.

Subjek yang terlibat adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Jawi & Bahasa Arab

Untuk subjek Jawi, Mama guna bahan bacaan ‘Ibu Ajarku Jawi’. Cetakan berwarna, menarik dan mudah untuk dibaca dan difahami oleh Afiq.

Siap dapat free gift dari seller

RM 37.90. Beli kat Shopee je.

Soalan latihan untuk Bahasa Arab & Jawi pula, Mama beli di Lazada Malaysia , harga RM 31.60

Ilustrasi dalam buku yang sangat menarik! Ceria dengan warna yang pelbagai dan gambarajah yang mudah difahami. Nak belek selalu pun rasa seronok.

Untuk latihan menjawab soalan subjek-subjek lain, ini antara buku-buku yang Mama gunakan selain dari hasil carian/cetakan dari Google.

Hasil membeli belah buku di pesta buku Bog Bad Wolf , MIECC

Selalunya Mama akan ambil kesempatan untuk borong buku latihan/bacaan yang banyak untuk anak-anak dari pesta buku seperti Big Bad Wolf & Pesta Buku Karangkraf.

Hasil membeli belah buku di pesta buku Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

Selain dari ujian bertulis, ada juga ujian lisan. Untuk latihan ujian lisan, kena galakkan Afiq supaya rajin membaca supaya terbiasa dengan struktur petikan ayat / artikel. Terutamanya artikel Bahasa Inggeris.

Ada juga ujian lisan (hafazan) surah. Juga akan diuji kebolehan membaca iqra’. Kiranya bukan sekadar hafaz tapi murid juga diwajibkan boleh membaca huruf hijaiyah & Arab dengan baik.

Semoga dengan usaha yang tidak seberapa dari Mama & Afiq ini, Afiq diberikan peluang untuk belajar di SRAI. Amiiinnn…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.