Assalamualaikum dan selamat petang. Pada jumaat lepas aku dapat ticket dari Rabiatul untuk cerita You Again. Aku pernah tengok trailer cerita ini. Memang macam best sebab cerita berunsur komedi. Nasib baik Rabiatul bagi aku ticket. Thankz pada dia dan Nuffnang.

You Again ini mengisahkan Joanna (Odette Yustman) atau jj yang selalu membuli Marni (Kristen Bell) semasa sekolah ingin berkahwin dengan abang Marni, Will (James Wolk). Telah Marni mendapat tahu akan hasrat abangnya yang ingin berkahwin dengan wanita yang membulinya masa sekolah maka berusahalah dia untuk menghentikan perkahwinan mereka.
Ibu Marni, Gail (Jamie Lee Curtis) menasihati Marni supaya jangan menyimpan dendam tapi ibunya juga sama dengan Marni menyimpan dendam terhadap makcik Joanna, Aunt Ramona (Sigourney Weaver) semenjak dari zaman sekolah. Dapatkah Marni menghalang perkahwinan Joanna dengan Will? Bagaimana dia ingin menghalang perkahwinan ini daripada berlaku? Bagaimana pula ibu Marni ingin menyembunyikan pentekaran dia masa sekolah menengah? Korang saksikan sendiri di pawagam berdekatan.
![]() | ![]() |
| Sekolah Menengah | Selepas Sekolah |

Bagi aku cerita ini memang seronok sebab kelakar habis. Memang tidak rugi kalau korang menontonya. Banyangkan musuh hendak jadi besan dan akak ipar. Memang simpan geram sahaja. Masing-masing hendak tunjuk ego masing-masing sampai orang tengok pon lawak. Aku pagi 4 dari 5 bintang untuk cerita ini.







nk tgk la nnt!
Panas! : http://goo.gl/TOwP
tengok jgn x tgk
rugi tul tak join..tapi dah penat buat kukis..tak laratlah wei
bt cookies mcm ari tu masa Gplus ker? Sedap cookies ari tu :)
Sedikit jeles…. walaupun tak dapat free ticket… namun filem nie mmg dalam list untuk my movie marathon….
Filem wajib tonton ni :)