Ulangtahun Pertama

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ini kesihatan terganggu sedikit. Selesema la pulak.huhu.. Yea, hari ini ulangtahun pertama aku bekerja di UiTM ini.Apa yang aku dapat selama setahun bekerja disini? Banyak perkara baru aku dapat.Baiklah aku ceritakn kronologi macam mana aku boleh berada disini.Cewah kronologi tu.

Aku telah memohon kerja ini melalui online. Kalau tidak silap masa memohon aku berada di Melaka. Pada 21 June 2009 aku telah mendapat surat tawaran. Post pasal surat tawaran korang leh baca kat ‘Jumaat Yang Pernuh Keberkatan‘. Walaupon surat tawaran sampai awal. Aku mula melapor diri pada 3 Ogos 2009. Kenapa 3 dan bukan satu? Sebab 1hb jatuh pada hari sabtu. Maka disebabkan 2 hari cuti itu gaji aku pada bulan itu ditolak dan yang paling menyedihkan bonus juga ditolak.

Masa melapor diri, sebulan aku jadi budak baik. Tidak banyak cakap. Sebulan jer tau. Masuk bulan ke dua mula la berkawan dengan orang lain. Kalau tak turun makan sorang-sorang jer. Masuk bulan-bulan seterusnya bertambah-tambah ‘BAIK’.haha.. Banyak aku belajar benda baru kat sini. Dekat sini aku baru start belajar guna punch card. Ye la, dulu keje mana ade punch card. Masuk keje suka hati dan balik kerja suka hati.

Rasa terkongkong jugak la awal-awal kerja sini. Mana taknya dulu agak tension buat kerja, lepak la luar jalan-jalan. Bila dapat idea baru sambung kerja. Disini keluar masuk kena dicatat, kalau tidak bos cari dan diistihar sebagai MIA (Missing In Action) aka Ngular. Tapi sudah jumpa geng-geng kaki minum luar, kerap jugak aku menghilang. Tapi tidak lama aku join diorang sebab keinsafan dalam diri itu ada. :)

Disini jugak aku belajar programming language baru. Belajar sendiri tu. Merasai sendiri macam mana pergi Induksi selama 3 minggu. Penat tapi memang syok abis. Apapon aku bersyukur dapat kerja disini. Walaupon gaji tak semewah mana, tapi alhamdulillah banyak kemudahan diberi. Untuk masa hadapan memang untung. Tahniah untuk diri aku sendiri kerana berjaya bekerja selama setahun disini.Tapi ade 35 tahun sebelum bersara wajib.hoho..lama tu..Apa pun UiTM tetap di Hatiku :)

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Ulangtahun Pertama

  1. bro membawa diri dari berkerja dengan kerajaan walaupun untuk sementara kerna tidak diberi perluang atas alasan bukan bidang bro…

    erm xkisah la kan…

    rezeki ada di mana2….

    moga yang terbaik buat mu…. ade lagi 35 tahun

Leave a Reply