Kredit Kad? Lupakan Saje..

Ketika post ini diterbitkan aku dalam perjalanan balik ke Perak. Balik tanpa dirancang. Itulah stail aku. Malas rancang awal² sebab selalunya benda aku rancang awal mesti tak jadi.

Ok la sebelum aku melalut dengan lebih panjang or oot baik aku kembali kepangkal jalan. Post ini aku tujukan kepada bakal bekerja atau yang sudah bekerja. Berminat dengan kad kredit? Selalunya orang yang hendak pakai kad kredit ini bagi alasan untuk sengan digunakan isi minyak or untuk digunakan ketika terdesak.

Agak biasa la orang guna alasan tu. Aku pon guna sebab itu apabila ditanya kenapa pakai kad kredit. Memang korang awal² nawaitu memang macam itu, tetapi bila nafsu menguasai diri. Korang tak dapat kawal, percayalah.Pada yang dapat kawal tu memang aku respek giler korang.

Sebab ape kena kawal nafsu. Ye la sape tak seronok dapat barang dengan menggosok kad tu. Macam lampu aladdin. Gosok lampu minta hajat. Tapi bila bil dapat, memang korang tepuk dahi. Macam aku, kredit kad aku dah sampai limit.hehe..Nasib baik limit aku sikit. Jadi tidak rasa beban sangat dan nasib baik gak aku cancel kad kredit aku lagi satu. Kalau tak, tak tau la ape terjadi pada aku.huhu..

Jadi aku nasihatkan kat korang, fikir dulu sebelum apply kad kredit. Kalau korang bijak menggunakan memang benda ini banyak membantu seperti korang berada dalam kecemasan. Example, korang excident then kereta tu kena repair segera. Duit kat bank cukup buat modal ganti sebiji tayar jer. Jadi dengan kad kredit la akan membantu korang. Tapi selalu orang pakai kad kredit ni, emergency jer selalu.hehe..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Kredit Kad? Lupakan Saje..

  1. aku pun menten dgn sekeping kad kredit je…mula2 dulu ada jugak terbabas, tp skrg dah ok…buat utk isi minyak dan byr kalo time emergency je skrg ni..

Leave a Reply