Kisah Anak Perak Menjelajah Ke Klang

Ok, petang tadi aku dapat call dari City Link menyatakan ade document untuk aku then diorang akan meninggalkan kad untuk amik barang di City Link, Klang. Aku pon ok jer,lepas office hour aku rush balik amik kad tu.Kad atas kad tu tertulis City Link, No 50, Jln Nenas. Ok, jalan nenas? Kat mana tu, tak pernah aku jln2 jumpa nenas kat tepi jalan.

Aku guna smartphone aku yang ade gps tu.hehe..Ok cari jalan nenas, klang. Jumpa dah, aku follow la. Sekali masuk perkampungan india mana tah. Aku pon cari la kat gps city link, ade satu kat klang. Tapi bukan jalan nenas. Jalan pandamaran. Aku tau jalan tu coz dekat dengan Tesco.Aku meredah la jem, then sampai kat sana kul 6.30.

Perbualan anda mungkin dirakam untuk meningkatkan pretasi perkhidmatan kami (macam telefon technical support dah). Ikutilah hasil rakaman tu
Aku : Document ni ade kat cnie ker? (sambil beri kad tu)
Staff : (Sambil belek kad tu) Benda ni ade kat Klang
Aku : Klang?? (Dlm ati berkata eh jauh gak aku jalansampai dah keluar dari klang)
Staff : Klang Town.( Cewah speaking lak dia, sebut town pon lain macam)
Aku : Kat mana tu?
Staff : Kat Cendol Klang (Ok, kenpa ko x cakap jer kat gerai capati tepi jalan.Aku orang perak, kalau ko cakap kat mana gerai rojak manjung aku tahu ler.)
Aku : X der landmark ker? Saya bukan orang sini.
Staff : Ayamas (ok, besar gile landmark dia)
Lepas tu staff dua menyebuk
Staff 2 : Kalau tak tau jalan klang macam mana boleh sampai sini (ish malawan aci ni)
Aku : Saya selalu datang itu Tesco, pernah la nampak (malas cakap pakai gps, segan la x tau jalan)
Staff : Call no kat kad tu.

Aku pon malas bertekak dengan aci tu. Aku masuk kereta dan call
Aku : Hello, ni City Link, jln nenas ker?
Staff : Ye
Aku : Kat mana officenya.
Staff : tau tak cendol klang (aduh ayat sama macam orang tadi)
Aku : owh sy tau (malas cerita panjang). Tutup pukul brp?
Staff : Kul 7
Aku : Sempat ker sy pergi, kn jem.(jam kul 6.35)
Staff : Datang la,sy tunggu.

Aku cari la kat gps aku. “cendol klang”. Giler sih, jumpa la cendol klang. Aku redah launtan kereta. Sampai tepat² kul 7. Amik lak document tu, orang yg jaga kat kuanter tu senyum jer. Nak ngorat aku kot (haha..perasan).

Pasal benda ni aku tawaf pekan Klang

Ok satu kejadian misteri telah berlaku masa balik.Korang pernah tak mengalami or dgr cerita, kita jln² then sampai tempat yang sama? Mesti korang pernah dengar kn. Masa balik aku alamainya. Nasib baik dua kali jer.Misteri tak? Haha..sebenarnya aku sesat ler. Dua kali aku pusing tempat yang sama. Dah la jem tahap dewa.Akhirnya sampai jugak kat rumah. Kalau dikira dari aku keluar office then balik kerumah dgn document tu dalam 3 jam. Giler la,dah boleh sampai perak.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Kisah Anak Perak Menjelajah Ke Klang

  1. aku dah terdesak sgt,aku taip la kat gps tu.mula2 taip ayamas, x jumpa. dengan x yakin aku taip cendol klang,tengok2 ade.aku sendiri tak percaya

Leave a Reply