Petang ini mari kita bercerita pasal politik pula. Sekali sekala perkencimpung dalam bidang politik apa salahnyakan. Mula-mula MCA sekarang giliran MIC, itulah politik Malaysia. Aku sebenarnya malas cerita politik, tapi bila tengok benda berlaku aku rasa macam mahu ketawa. Sebab apa? sebab aku rasa mainan politik ini macam permaninan budak-budak
Tengok sahaja perangai budak-budak. Sorang budak ni kata kamu bodoh. Lepas itu budak kena ejek itu akan membalas, kamu juga bodoh. Bergaduh mereka sampai habis persekolah. Habis saha sesi persekolahan, sampai dirumah diceritakan kepada ibunya tentang apa terjadi di sekolah. “Mak, tadi ada orang kata adik bodoh”. Mak dia cuma senyum, tapi tidak beri nasihat sebab beranggapan budak-budak bergaduh perkara biasa. Nama pun budak-budak mana faham apa-apa.
Macam itulah keadaan politik Malaysia. Orang ini kutuk orang itu, orang itu kutuk orang ini. Perangai budak-budak bawak sampai masuk ke dewan parlimen. Sampai budak sekolah terketawa menontonnya di televisyen lalu berkata kepada ayahnya. “Ayah,ayah, macam itulah adik gaduh dengan kawan adik di sekolah tadi”. Si ayah cuma mampu tersenyum. Tidak tahu hendak nasihat macam mana sebab yang bergaduh itu bukan budak-budak tetapi orang dewasa malah seorang wakil rakyat. Takut bila dijawab, anaknya akan tanya, “kenapa mereka macam itu ayah?” Siapa yang memilih mereka?” Udah, haru dibuatnya. Ayahnya pula dipersalahkan kerana salah memilih pemimpin.
“Malaysia, oh Malaysia”
politik malaysia penuh dengan lawak.. orang je dah besar tapi perangai macam budak sekolah.. heheh
mmg tak minat ar politik2 ni..macam2 hal..byk politik kotor je skrg ni..entah la
.-= Post terakhir blog nur hidayah isa : Surat Khabar Mana Yang Paling Best Sekali? =-.
setuju..diorang mmg mcm bdk2…jadi kahsian dgn diorang sebenarnya…jadi bhn gelak tawa rakyat…lg kahsian kat rakkyat yg pangkah diorang…
.-= Post terakhir blog [Kazaztan Team] : Kepala Biawak Asam Jawa =-.
ye, aku klu x nk diam.tapi dah menonjol sgt kebudakkan ingin jgk bagi pendapat
Pasal pahaman politik, satu kaum dan agama bersengketa.
Macam mn nak buat. Waktu kempen semua hipokrit tahap dewa. bila hilang jadi dewa pula.