Selamat pagi isnin semua. Hope pagi ini kita mulakan kerja kita dengan muka yang penuh ceria. Jangan emo² pagi ni. Cewah sape yang selalu emo pagi².hehe.. Seperti aku janjikan aku akan ajar macam mana hendak setup sub domain. Sebelum aku mulakan pengajaran pagi ni, aku ingin terangkan apa itu sub domain.
Sub domain ini merupakan anak kepada domain. Example domain anakperak.com dan sub domain yang kita boleh buat, blog.anakperak.com, kawan.anakperak.com, hensem.anakperak.com dan sebagainya. Tutorial ini ditujukan khas kepada yang menggunakan Blogger sebagai hosting mereka. Tapi sebelum korang follow tuorial ni, pastikan korang ada domain name sendiri. Bila sudah beli, korang boleh follow
Cara Setting Domain Name Sendiri untuk map kepada Blogger.
Baiklah aku mulakan pengajaran cara settings sub domain ke Blogger. Aku ingin menambah sub domain blog.anakperak.com kepada domain sedia ada.
Login ke akaun domain anda. Kepada yang menggunakan NetKL korang follow link ini.

Masukkan username dan password mengikut email dan password yang pernah diberikan kepada korang. Jika lupa atau tidak tahu sila hubungi syarikat korang beli domain tersebut

Pergi ke menu Domains dan pilih List All Orders

Pilih domain korang

Pilih tab DNS dan click butang Manage DNS

Pilih tab A record dan click butang Add A Record

Masukkan host name yang dikehendaki. Seperti contoh aku hendak buat blog.anakperak.com jadi dalam kotak hostname aku akan masukkan ‘blog‘.Untuk destination IPv4 Addres, korang masukkan 216.239.32.21 dan tekan butang Add Record. Ulangi langkah tersebut untuk tambah IPv4 216.239.34.21, 216.239.36.21 dan 216.239.38.21

Bila sudah memasukkan kesemua ip dalam A Record, sekarang pergi ke tab CNAME Record dan tekan butang Add CNAME Record.

Masukkan host name korang berserta www. Example aku hendak buat blog.anakperak.com aku akan masukkan dalam kotak Host Name itu ‘www.blog‘. Untuk value korang ambil pilihan kedua dan masukkan ghs.google.com
Ok sudah siap, sekarang apa yang korang perlu buat setting di akaun blogger korang. Untuk tutorial tersebut korang boleh lihat disini. Jika ada apa² persoalan korang boleh contact aku melalui Hubungi Anak Perak






peh dasyat mu ek….
ini untuk create sub domain bg sape2 yg xde hosting sendiri ek….
.-= Post terakhir blog Bro Framestone : [Breakfast]Nasi Goreng Sambal Petai =-.
ye.klu yg hosting sendiri x der payah2 settings mcm ni.kat cpanel sudah
Erk, tak de domain sendiri lagi..hehe
Singgah sini kembali ;)
.-= Post terakhir blog Mommy Pinky : Tutorial : Button LIKE & SHARE Facebook di entry =-.
thanks for the guide.. i think i’ll try one soon =)
.-= Post terakhir blog kenwooi : Big Fish Moment with Pizza Hut =-.
tq yob ajor buat subdomain.. lepas ni teman bookmark blog ni