Hari ni mood baby aku tak menentu. Nak kata datang bulan tak jugak sebab anak bulan baru kelihatan. Tapi aku x salahkan baby kalau dia bad mood ari ni. Mana taknya, balik jer office kami sangkut kat jem punya la lama. Kalau jem sebab kemalangan, boleh dimaafkan lagi. Ini jem sebab mereka kurang ajar la.

Mana aku tak kurang ajarnya, time orang balik kerja la sibuk diorang memunggah kete. Minggu lepas diorang turunkan kete, hari ni diorang naikkan kete. Kalau satu lori boleh tahan lagi, ni tiga lori berderet. Kalau buat kat jalan biasa boleh sabar la, ni buat kat traffic light yang lampu hijaunya sempat lepas 5 biji kete jer. Dah la, benda ni berlaku kat depan pejabat jpj Shah Alam. Woi jpj tidur ker, tau nak makan duit rakyat jer sampai mintak nak naik saman sampai 1000. Kerja x nak buat.
Eh sape yang emo ni, aku ker baby.Tapi baby aku still bersabar jer. Kadang-kadang jer dia berdengus. Bagi mengembalikan mood baby, aku membawanya ke saloon. Lama aku tidak membawanya ke saloon. Cadang lepas balik dari Melaka nak bwk tapi x sempat. Tapi baby tetap x merajuk.Tq baby.Then sampai sana, toiket kedai tanya. Mau special treatment? aku cakap tak per la, baby aku tidak memerlukan sume itu. Sebab dia memang cantik.

Inilah gambar baby aku bermandi buih

Suka baby selepas sejam lepak saloon.Senyum sampai ke telinga.
Ha3..aku dah sewel.Jangan layan luahan rasa lelaki kesepian ni.

hahah…aku dah agak dah mesti pasal kete punye…
Anak Perak : kalau aku sembunyi gmbr, leh agak x :)