Apa Yang Penting?

Post sebelum ni aku dah cite psl jabatan aku bt jamuan raya. Ade la pertandingan meja tercantik, lelaki paling glamor and perempuan paling glamor.Alo mcm cite glamor raya kat astro.Pg2 sampai tempat keja dah kena angkat kelapa untuk dihias kat meja.Hias ler segala mcm smbg hias yang semlm punya,jd x lamanya.

Jamuan mula 9.30.Ada sedikit ucapan dan berselawat then makan time.Antara juadah, nasi dagang, roti jala mkn dgn kuah durian, ketupat, mee hailam, rendang, lontong, pencuci mulut dan lain2.Hampir sume aku rasa, kenyang giler. Jd keputusan meja tercantik pon kuar.Bahagian aku kalah.huhu..Tp kami x kisah coz ape yang penting?? KERJASAMA.

Petang, ha lepas solat jumaat kami dapat jemputan dari pejabat pendaftar untuk join jamuan raya diorg. Knp diorg ajak kami coz kami ler btungkus lumus bt sistem utk memudahkan keje diorg dan bg mhargainya kami dijemput.Aku mcm biasa ler tidak melepaskan peluang mkn free jd aku pon g walaupon ade perasaan segan.Ye la,pejabat sendiri pon segan ini kn pejabat owg.Tp owg kata “segan,lapo”.Jd aku krgkn segan

Sebelum makan diorg ade sesi fotography, sesi ucapan dan sesi penyampaian cenderahati kepada yang naik pangkat and akan pencen.Antara juadah yang disediakan nasi goreng,ayam goreng rempah,lontong,soto,mee rebus n yang paling best nescafe panas.Pergh mmg kaw..Balik office dgn perut kekenyangan.Nak bt keje pon x leh coz otak jd blur.Pas2 balik umah pack barang terus lik perak coz esok kn raya.hehe..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.