Pantun Raya

lampu putih sakit mata,
silau memancar terus bercahaya,
hari raya semakin tiba,
wajah berseri senyum saja..

bawak kereta macam pelesit,
ke kiri kanan menyelit nyelit,
makan ketupat beringat sikit,
jangan sampai tercirit cirit..

siren polis telah berbunyi,
semua kereta terus ketepi,
ketika memandu harus teliti,
sentiasa berwaspada dah berhati-hati..

lampu merah lampu biru,
berkelip kelip bagi amaran,
bawak kereta jangan melulu,
moga dapat sambut lebaran..

kereta myvi tiada bonet,
ade bonet penuh dengan speaker,
berdentam dentum telinga jadi bingit,
meh la test lagu raya sape yang power..

jaket hijau marshall yang pakai,
walkie talkie pula sentiasa ditangan,
marilah semua kita pakat ramai-ramai,
perang mercun tapi jangan ade putus tangan..

lampu oren berpusing-pusing,
diletak pula di atas bumbung,
pagi raya sungguh hening,
jangan lupa utuk kunjung mengunjung..

semasa berkonvoi semua kereta sebaris,
nampak cantik dari jauh dan sangat menarik,
senyuman di aidilfitri mestilah sentiasa manis,
moga bila berjumpa musuh akan terus jadi baik..

tinted gelap x nampak dalam,
kena saman padanlah muka,
salah silap usahlah dipendam,
mohon maaf dengan hati terbuka..

selamat hari raya aidilfitri,
minta maaf dari zahir dan batin,
tulus ikhlas dari sanubari,
kat korg semua yang sentiasa dihati..

Pantun dari Hafizul aka Pjun.TQ

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.