Majlis IFTAR Bersama DiGi dan Artis

Assalamualaikum dan salam jumaat kepada pembaca blog Anak Perak. Lama juga aku tidak update blog. Sementara tunggu untuk pergi solat jumaat, aku update sedikit pasal event malam tadi.

Advertisement

Pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih kepada DiGi sebab sudi menjemput aku berbuka bersama-sama adik-adik dari Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kampung Medan serta Pusat Jagaan Bitus Sakinah Wal Mahabbah. Untuk pengetahuan korang, event ini bukanlah event blogger. Cuma kebetulan yang hadir semuanya blogger. Tidak peliklahkan sebab zaman sekarang ramai orang mempunyai blog.

Aku terima jemputan dari Facebook DiGi Telecomunication. Jadi korang rasa ingin join aktiviti yang dianjurkan oleh DiGi dan update promasi dari mereka, like lah page mereka di http://www.facebook.com/myDiGi

Event ini dianjurakan untuk menunaikan tanggungjawab sosial DiGi kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal. Tahniah kepada DiGi kerana dapat menceriakan mereka dengan makanan yang sedap-sedap disedikan oleh Seri Pacific Hotel dan layanan mesra artis yang turut hadir seperti Aizat, Lisa Surihani, dan Shaheizy Sam.

Persembahan pembukaan oleh anak-anak yatim. Silat diiringi muzik
Antara anak yatim dan ibu tunggal yang hadir
Kusyuk mendengar Aizat menyanyi
Aizat mempersembahkan dua buah lagu pada malam itu
Beratur hendak ambil duit raya. Thankz DiGi
Peace yaaaa..
Sesi bergambar dengan artis
Lisa suka budak ni.sweet macam awak. (kata aku..muahaha..)

Terima kasih sekali lagi kepada DiGi. Kalau boleh jemputlah lagi. :)

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply