Guna JavaScript Biar Berpada²

Morning, selamat pagi. Sebelum aku gerak pergi ke Mid Valley untuk tengok cerita Iron Man 2 aku kasi sedikit tips la untuk blogger sekalian. Baiklah, ramai orang minat bila masuk blog dia ade snow terbang,tulisan kat status bar bergerak, keluar alert dan segala macam. Tapi awas benda ini akan effect kelajuan blog anda load, sesetengah browser tidak support dan lebih teruk lagi menyebabkan komputer hang.

Bila anda menggunakan javascript make sure jangan menggunakan javascript yang source dari sumber lain.example

Advertisement
<script src="http://widgets.amung.us/classic.js" type="text/javascript"></script>

Korang nampak url diatas? Ape terjadi bila server widgets.amung.us ni down? Browser akan berusaha mencari juga script ini sampai jumpa. Bila dah fedup,dia stop mencari dan gerak pada coding seterusnya.Baru la page blog anda di load sepenuhnya. Itupun memakan masa lama dan menyebabkan pengunjung tekan tanda merah [X] belah bucu kanan atas ni.

Cara 1

Tidak salah menggunakannya,macam mana nak elak perkara ini terjadi? senang jer, korang click link kat atas nun then copy coding dia masuk dalam blog korang.example :

<script language="javascript">
function WAU_classic(b){var c="";var a="";
if(document.title){a=encodeURIComponent(document.title.replace(/(\?=)|(\/)/g,""))}
document.write('<a href="http://whos.amung.us/stats/'+b+'/">
</script>

Panjangkan, biar panjang asalkan tidak menyusahkan kemudian hari.Tapi korang perasan tak, walaupun dah amik coding dia,still ade source dari sumber lain. Jadi aku cadangkan letak coding ini di bawah sekali selepas </body>

Cara 2

Malaskan nak copy paste segala macam ini. Ok aku bagi cara kedua. Korang letak benda ni:

<script src="http://widgets.amung.us/classic.js" type="text/javascript"></script>

selepas </body>.Ape effect dia? effect dia kalau server diorang down or script tidak jumpa. Browser anda akan load blog content yang lain then tugas mencari script merupakan tugas terakhir.sebab coding ni baca line by line.sekurang-kurangnya pengungjung boleh tengok blog kita walaupon tidak habis loading.

Yang terakhir, selepas korang masukkan segala mcm coding javascript korang bukak ie then tengok button status kat bawah (rujuk gambar diatas) bermakna ada problem la dengan javascript korang.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Guna JavaScript Biar Berpada²

  1. oitt…kalau aku upload gambar kat imageshack tu pun aku kena copy code cenggitu ker…sebab aku cuak jugak kalau dorgnye server down..perggh…memang tak kuar gamabr2 aku nanti…

    Anak Perak : Gambar tu kes terpencil. paling krg x kuar gambar jer.Lol best ker pakai imageshack. knp x pakai picasa jer. kalau server diorang down effect skali dgn pengguna blogspot. Jadi ramai sikit yang bising

Leave a Reply