All About Wiggy P1 Wimax

Ini bukan advertorial ini adalah post untuk menerangkan pasal Wiggy sebab ditanya oleh SkyOne(Bukan nama sebenar) suruh aku terangkan lebih lanjut pasal Wiggy ini. Baiklah aku terangkan secara ringkas sebab aku ini bukan arif sangat. Kalau hendak tahu lebih details korang masuk sahaja www.p1.com.my. Ada chatbox sebelah kanan bawah yang selalunya dijaga oleh awek. Korang nak mengayat pon leh.hehe..

Ok la, sebelum aku lanjutkan lebih details pertama sekali sebelum korang hendak melanggan Wiggy ini please make sure kawasan korang dapat coverage. Korang boleh check disini.Bila dah pasti kawasan korang duduk itu dapat coverage, step seterusnya adalah memilih plan & package.

Advertisement

Sekarang aku cuma ceritakan Portable Modem Wiggy sebab aku pakai itu. Lagipun ini memang berbaloi sebab modem percuma dan tiada terikat dengan kontrak. Ini bermakna anda boleh membatalkan perkhidmatan anda bila-bila masa. Selalunya perkhidmatan lain juga memberikan modem percuma tetapi terikat dengan contract. Bila korang hendak batalkan contract korang kena bayar caj untuk modem tersebut tetapi Wiggy anda cuba perlu pulang modem. Lagi pun buat ape korang simpan, nak buat sapu mentega kat roti ker.Wiggy terdapat dua package iaitu Postpaid dan Prepaid. Ok aku mulakan dengan Wiggy Postpaid

Wiggy Postpaid

Terdapat 3 plan iaitu Wiggy 59,Wiggy 89 dan Wiggy 129.Nama plan diberi ikut charge dikenakan setiap bulan.Maklumat korang boleh tengok gambar diatas. Apa yang aku suka dengan Wiggy ini adalah korang tengok download speed memang kurang tetapi korang bandingkan quota or fair usage policy dengan mana² broadband. Mana nak dapat byk tu.Pasal quota aku ade cerita kat sini

Wiggy Prepaid

Wiggy ini aku malas cerita panjang. Sebab aku tak pakai.haha..korang usha sendiri gambar.

Ini feedbacak dari aku. Kadang-kadang menyampah gak pakai Wiggy ini bila time dia nak buat hal. Tapi jarang sekali dia buat hal, kalau buat hal aku call terus diorg punya technical support. Bila ikut step diorang masalah solve. Kalau korang pandai setup kedudukan wiggy tu korang memang dapat coverage terbaik punya la.Sebelum ini aku dapat satu bar then sekarang main 2 bar 3 bar jer.Siap boleh layan catch-up tv skali 20 episode dalam satu hari.Korang boleh la cuba pakai sebab diorang bagi tempoh 7 hari untuk cuba dan jika tiak puas hati duit korang dipulang balik.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “All About Wiggy P1 Wimax

  1. uish siap buat entri terus pasal benda ni…hehe tenkiu2…nanti aku buat kajian lanjut…petang ni nak kene lapor diri berkursus smpai jumaat plak…

Leave a Reply