Assalamualaikum dan salam jumaat semua. Alhamdulillah aku baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu jumaat. Hari jumaat yang mulia ini aku hendak kongsi dengan korang satu kisah yang diceritakan oleh seorang. Resident Staff (RS) atau orang panggil warden asrama kepada aku dalam satu ceramah. Cerita ini adalah kisah benar berdasarkan pengalaman beliau.
Baiklah,kisahnya bermula dari satu majlis perjumpaan yang diadakan oleh pihak asrama dan penduduk dikawasan sekitar asrama. Majlis perjumpaan ini adalah bertujuan untuk penduduk sekitar asrama tersebut meluahkan apa terbuku dalam hati kepada pihak pengurusan asrama tentang ketidakpuasan hati terhadap penghuni asrama tersebut.
Maka bermulalah sesi meluahkan perasaan. Sorang-sorang bangun memberitahu apa mereka rasa dari masalah kebersihan sehinggalah masalah pelajar asrama buat bising malam-malam. Maka sampailah giliran seorang lelaki melayu ini. Berdirilah dia. Dia bagitahulah permintaan dia. Dia meminta boleh tak azan asrama tersebut diperlahankan sebab mengganggu kententeraman awam. Warden asrama tersebut terdiam seribu bahasa. Aku yang mendengar cerita tersebut beristifar panjang.
Aku ingat masalah melaungkan azan hanya berlaku diluar negara rupanya di Malaysia juga berlaku. Cuma yang membezakannya diluar negara ditentang oleh masyarakat yahudi tetapi di Malaysia ditentang oleh masyarat kaum melayu yang sudah terang-terang beragama Islam.
P/S: Jangan jadikan Islam sebagai keturunan, jadilah islam itu sebagai pegangan hidup
melampaula spi wat permintaan perlahankan azan. tak patut, kalau cina yg mintak ok gakla. boleh dipertimbangkan kewajaran permintaan itu. tp Melayu mtk, mmg tak wajar lgsg.
itu la islam sekadar keturunan. hanya nama jer islam tp cara hidup?
Dari suatu sudut yang lain mungkin pihak pengurusan sekolah boleh buat program untuk menarik penduduk tempatan
Budak2 lak kena ajar orang beso yer. dunia sudah terbalik
ramai belum sedar dari mimpi bro
itu la.berlagak mat salih
ada gak ek..pelik tp benar..
inilah dinamakan pelik tp benar
Sekarang ni… Orang Islam sibuk nak hak kesamarataan, tak sedar diri sendiri tgh ‘bungkus’ Islam.
itu lah. x phm diorg ni.hanya islam dalam ic