Tips Temuduga Versi Aku Sendiri

Fast update. Aku start banyak kerja. Tapi tidak boleh start keje.Tadi lepas breakfast terserempak dengan Shahroll then dia nak belanja makan. Aku on jer, akibatnya mata mengantuk coz kekenyangan.

Seperti aku janjikan sebelum ini, aku nak bagi tips temuduga versi aku punya. Aku sudah lama praktikan benda ini dan aku tidak mencedok dari mana² sebab ini aku punya tips. Kalau ade yang sama itu mungkin kebetulan. Eh bila mau start da.Kata fast update.

  1. Prepare
  2. Baiklah, aku akan bagi example temuduga untuk jawatan it sebab aku budak it. Tapi jawatan lain boleh gak baca gak. sebelum pergi temuduga prepare segala macam. Make sure segala sijil² telah dimasukkan dalam fail. Korang masukkan sekali sijil korang jadi ahli belia 4B, Masuk menang pemidato terbaik ² dan segala macam la sebab bila penginterview usha dia x anggap korang komputer geek walaupon realitinya korang memang geek pon coz tido jer x mengadap komputer.

  3. Makan
  4. Sebelum pergi temuduga kasi makan siap. Sebab kalau yang pergi interview ramai takut lama. Nanti korang kebulur. Muka pucat dah ilang seri. Perut bunyi dah hilang macho. Tapi jangan makan banyak sangat, nanti orang panggil nama korang tak der. Pergi mana? Pergi memerut kat toilet.

  5. Releks
  6. Bila tunggu nama dipanggil. Korang releks jer. Buat muka tak nervoes walaupon jantung korang macam nak runtuh. Sebab ape aku suruh buat macam tu. Saje nak bagi awek² kat situ terpegun dengan korang dan berkata dalam ati “Releks jer bro tu,i like..”.haha..Bila orang dah kena interview kuar, korang jangan tanya ape soalan penginterview tu tanya. Kalau orang lain tanya kat dia, korang bt² tak dengar or duk jauh² sebab takut soalan yang dia bagi tau korang sendiri tak tau jawapan. Nanti jantung korang terus gugur.

  7. Soalan Bocor
  8. Ha,yang ini part paling penting. Tumpu cepat.haha..Sebenarnya korang sendiri yang create soalan untuk penemuduga. Bagaimana?Ok aku bagi ni cuma Example :
    Penemuduga(P) : Awak pernah bekerja sebelum ini
    Korang(K) : Ya. Dengan 2 buah companya
    P : Dengan berapa buah company?
    K : 2 buah company. Sebelum ini di Company ABC Sdn. Bhd. dan lagi satu RXZ Sdn. Bhd.
    P : Apa nama company
    K : Company ABC Sdn. Bhd. dan lagi satu RXZ Sdn. Bhd.
    P : Sekarang berkerja dengan company mana
    K : RXZ Sdn. Bhd.
    P : Apa tugas anda di sana
    K : Buat system rekod pelajar, system maklumat staf
    P : System apa awak buat
    K : system rekod pelajar, system maklumat staf menggunakan PHP,MySQL
    P : Pakai languange ape
    K : PHP,ColdFusion.

    Nampak korang dapat agak soalan seterusnya. Korang berjaya buat penemuduga tertanya-tanya.

    Ingat, tips ini kurang berjaya untuk jawatan kerajaan seperti temuduga di SPA sebab diorang more tu kenegaraan dan tidak kepada teknikal coz yang tanya tu bukan bidang dia pon. Jadi korang kena jadi patrotik. Hafal buku macam mana hendak menjadi rakyat Malaysia sejati.hehe..

  9. Lepas Interview
  10. Keluar dengan muka yakin sebabnya nak bagi awek² terpegun. Jangan lepak situ, korang terus bla. Jangan sekali-kali menipu orang yang tengah tunggu tu dengan soalan² tipu.x baik tau.

P/S : Semasa post ini ditaip KancilBiru datang then buat² tak nampak aku. Menonong jer..hehe..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Tips Temuduga Versi Aku Sendiri

  1. hahaa…aku baca tweet ko ckp niza dtg…
    bagus ar tips ko ni..tapi kalau keluar takde awek..jadahnya nak control macho..hehehe..

    oke..aku bagi 8/10 bintang untuk entry ini..cayalah!
    jangan tanya mana pegi lagi 2 bintang…aku dh cr tak jumpa..hikhik

  2. ehehhehehe..tip 4 best…eheheh… saya pun pernah praktiskan cara mcm tu..tp buat mcm tu sbb dah tak ada mood…sbb lama sgt tunggu…so jwb sepatah-patah aje…ahhhahahhaha…

  3. Tapi jarang kalau interview x der awek skali.

    8 bintang, ok per.aku tau 2 tu ilang mana.2 tu hilang sebab aku x masukkan tips mintak no tel awek dtg temuduga tu.

Leave a Reply