Kereta Aku Kena Langgar

Hari penuh emosi hari ni. Ye, ada sebuah kereta kancil langgar aku pagi ini dan nasib baik itu bukan KancilBiru. Aduh sakit hati gile der, student lak tu yang langgar aku. Sudah la aku terlambat untuk datang kerja.Dia pon tak sabar nak pergi kelas gak. Sudah ler parking kat parking staff.

Kejadiannya macam ni, aku nak buat reverse parking. Lepas tu dia jenis tidak sabar² dah ade belakang aku. Nasib baik aku perasan tapi agak dah rapat la, kereta aku sebelah jer tayar depan dia. Aku hendak ler kehadapan sikit untuk betulkan posisi, tapi dia pulak reverse dan cium kete aku. Agak² la, nak main cium² pagi ni, aku dah ler tak der mood. Bila sudah lepas then buat dek jer jalan. Aku pon masuk la parking. Fuh, nasib baik tak kemek, cuma calar sikit yang boleh di repair. Aku pon malas kejar awek bawak kereta tu sebab aku sudah lambat.

Semalam pergi tengok wayang pon aku emo gak, ade sorang awek ni nak parking reverse tapi berjam-jam dia adjust. Aku tengok, takder sticker ‘P’.Kalau ada aku maafkan la sebab lesen baru. Tapi yang aku heran, dia bukan bawak Hummer kedabak besarnya yang memang kita sedia maklum susah hendak parking. Ini dia bawak kancil der, kancil. Punya payah nak masuk parking. Aku nasihatkan korang, kalau tidak cekap bawak kereta jangan cabut ‘P’. Insyallah korang takkan kena horn kalau buat salah.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

11 thoughts on “Kereta Aku Kena Langgar

  1. aku paham perasaan ko bro…sebab aku pun dah 3 kali eksiden huhu..

    tapi part parking tu memang bengang…lagi pulak kalo kete kancil tapi parking makan side sampai rapat ke pintu driver…aku pernah kene dulu…bengong btul…
    .-= Post terakhir blog Sky0ne : Best Sangat Ke Jadi Artis? =-.

  2. yang nk park kereta tue bukan kancilbiru ke?? he..23x

    sape student tue ek… perempuan ek.. amik la no tepon.. pe2 senang huhuhu… mane tahu melekat ke lepas nie or tgk2 budak blogger gak ke
    .-= Post terakhir blog Bro Framestone : Bila Bro Berbelang =-.

  3. hahahaa..sian betul ko erk?dalam hati dah ade taman sbb tu dah malas nk marah2 kat budak ppuan tu takut terjatuh hati lak nnti…

Leave a Reply