Government or Private?

Korang rasa mana lagi bagus kerja dengan kerajaan kerajaan ataupun swasta? Aku rasa mesti ramai menjawab kerja dengan kerajaan. Alasannya sebab lebih terjamin. Apa yang terjamin? Terjamin dari kena buang bila kena ombak tsunami iaitu kemelesetan ekonomi.

Alhamdulillah rezeki aku baik sebab tidak sempat menganggur. Sekarang aku berada dalam sektor kerajaan. Tetapi aku rasa macam ingin kembali ke sektor swasta. Ye, ramai orang kata aku bodoh sebab orang lain berebut-rebut hendak kerja dalam kerajaan aku pula hendak lari dari kerajaan.

Aku bukan apa, aku jenis cepat bosan. Aku hendak susana kerja berbeza dan lebih mencabar. Macam aku kerja di swasta, aku akan selalu jumpa client jadi suasana dan orang sudah berbeza. Aku buat kerja di side iaitu negeri lain, sudah dapat merasa berjalan.Kalau saja-saje pergi, mampus aku tidak pergi. Programming language digunakan berubah ikut project jadi belajar benda baru. Kena maki dengan client, itu satu pengalaman yang teruk tapi dapat belajar sesuatu.

Tapi bila aku kerja disini jadi sebaliknya. Hari-hari mengadap muka sama, benda sama, makan tempat yang sama, duduk tempat sama,naik tangga yang sama, parking lot yang sama(kecuali datang lambat). Nasib baik tidak dapat bini tempat yang sama. Itu aku pernah pergi dengar ceramah cukup 10 atau 20 tahun dalam satu pejabat atau tempat. Mintalah tukar ke department atau cawangan lain sebab sifat manusia ini sama iaitu cepat bosan. Jadi aku bersabar sebab inilah punca rezeki aku.

Pada bakal graduan, simpan duit pinjaman atau biasiswa separuh sebab mencari kerja memerlukan kos yang banyak kecuali korang handak dapat pejabat belakang rumah. Kalau boleh mulakan dengan company swasta dulu. Rasai pahit getir mencari rezeki, agak tua mcm aku baru masuk kerajaan.haha..tua sangat.

Ha, korang yang lain jangan suka sangat. Ingat ade jawatan kosong la tu.Aku xkn berhenti .Aku masih sayangkan dengan kerja dan officemate aku tambah2 si Kancil Biru is silap The Kancil Biru. Aku tak pernah sembang secara alam nyata. Padahal hampir tiap2 ari aku jumpa dia kat kafe. Lepas ni nak rapat dengan dia la. Dengar cerita dia ade adik perempuan.haha..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

3 thoughts on “Government or Private?

  1. bro dulu berkerja dgn swasta… sebelum sambung berlajar

    b4 habis berlajar masuk gomen… tp contract je smapai la nie… 2kali penjawatan xlepas coz bro bukan budak IT (alasan xleh diterima la, if budak it tp xleh nk wat koje pun xguna korng suapkan duit rakyat)

    maybe bulan 5 nie bro akan berkerja dgn syarikat swasta

    harap disana rezeki bro.. dalam bidang yang bro minat.. diberi perluang atas kepercayaan berebut dgn siswazah2 yang belum graduate he..23x

    Anak Perak : wa terasa bro. wa budak it.sob3..

  2. as for me, bergantung kepada minat, jawatan & bidang dia. Kalau dia minat, sesuai, selesa & gembira dgn jwtn & tmpt keje, swasta atau kerajaan –> doesnt matter.

  3. la.. terasa knpe pulak nie… [no heart feeling ok huhuhu]

    xperlu la mu nk terase jika mu xwat kan huhuhu… nie kes bro terasa la… besa la kite dh koje n berbakti… cuma tidak diberi perluang je..

    alasan yang diberikan cukup menghina sampaikan tak nmpk apa yang kita pernah curahkan…

    habis madu.. sepah pun disental2 kat kuali

    [awat aku rase cam karam sigh pulak nie]

Leave a Reply