Char Kueyteow Abang Lan

Erk…Kenyang betul malam ni. Lepas ni tido, mana tak gemok. Aku dah lama nampak gerai char dekat2 area rumah aku ni. Dari hari kehari nak singgah tp x singgah2. Bukan ape, kedai dia betul2 tepi jalan dekat dengan traffic light. Memang susah la parking bagi orang yang membawa lori. Tapi aku bawak kete, ape kena mengena?

Tapi serius beb, char dia sedap. Dah lama aku tak rasa char pior dari penang ni. Macam mana aku tau pior dari penang. Aku kan orang utara dan aku peminat char no 1. Kat kampung aku belambak kedai char tapi bukan sume sedap. Aku sampai kedai ni, nah dua balang cili jeruk atas meja. Fav aku tu. Penuh pinggan aku kasi tabur cili jeruk.

Mula2 hirup kuah, pergh memang terbaik beb. Memang cukup rasa dia. Memang kejap sepinggan aku kasi licin, nak tambah sepinggan lagi perut x muat coz sebelum tu aku perkena tomyam campur. Kalau korang datang Klang memang aku bawak korang ler kat kedai ni. Boleh tahan ramai orang kat kedai ni. Ye la, kat cni bukan senang nak jumpa char. Masa kat melaka lagi la aku mengidam smp lik perak.Sampai sekarang rasa kesedapan char abg Lan ni, tido nyenyak lak malam ni. Dah la baru lepas hilangkan kerinduan kat orang tersayang.

Map
Khas aku bagi map ni utk Kak Ina. Abang lan kena belanja char special pinggan besar ni coz aku tolong promote

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Char Kueyteow Abang Lan

  1. alahai bro..cara ko describe ni bwt aku lapa2 tgh2 mlm nih..

    Anak Perak : X per nanti kalau dtg area klang/ shah alam roger aku. Aku bwk ko

  2. janganlah cer ajer…bagitau lah kat mana???klu dekat leh lah terjah..hb tu peminat char kueyteow lah..

    Anak Perak : Jalan Kota Raja. Dekat dengan SMA Hisamuddin. Tepi traffic light ke SMK Kampung Jawa.

Leave a Reply