Sekarang ini kalau bersekedudukan lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah sudah jadi trend remaja sekarang. Mereka hendak takut apa, jiran bukan ambil kisahpun sudah kahwin atau belum. Dulu, kes tangkap basah berlambak-lambak. Sekarang jabatan agama pun takut hendak tangkap taku nanti tidak pasal-pasal kena saman. Jiran sekarang jenis ikut perpatah melayu ” Jangan jaga tepi kain orang”.
Aku ingat lagi dulu, di taman perumahan aku memang kerap diadakan gotong royong, hari keluarga, ceramah agama, jamuan dan bermacam lagi aktiviti kemasyarakatan. Tapi sekarang langsung tiada. Yang ada gotong-royong kenduri kahwin. Itupun jarang sebab sudah menggunakan khidmat katering. Bayangkan jiran sudah berpindah sampai tidak tahu. Jangan sampai jiran kita mati siap sudah berulat kita juga kita tidak tahu.
Tapi semenjak aku duduk disini iaitu Shah Alam, aku rasa memang jauh bezanya dengan aku duduk di Perak dahulu. Jiran-jiran di sini semuanya tutup pintu, kalau bukak itupun masa ‘openhouse’ dan hari raya. Bila bertembung, jenis tidak bertegur sapa malah senyum pun tidak mahu. Mungkin itu sudah menjadi trend atau budaya orang bandar. “Hal ko, hal ko. Hal aku, hal aku. Kubur lain2. “Memang la kubur lain-lain, tapi bila kita mati siapa hendak uruskan. Tidakkah jiran kita. Tapi sekarang sudah ada khidmat mengurus kematian, sudah macam cina pula. Bila jiran tegur anak jiran malam-malam duduk memekak bunyi ekzos motosikal depan rumah, akhirnya dia yang kena ‘sound’ balik dengan ayah budak itu. Lepas itu mula bermasam muka. Ish, memang berbeza sekarang dan dahulu.Renung-renungkanlah dan selamat beramal.





btol2..aku setuju sngt..kalo zaman aku kecil2 luh, kat kg, ptg2 meriah..men bola reramai..skang ni, ptg2, susah nak kumpul reramai..sumer men FB, blog, PS2 dlm umah jer…huhhu
JMR : betul 2.dulu siap collect duit bakar satey depan umah.zaman budak2 tu.budak skrg, lagi dasyat siap berkebun. Tapi kat fb jer la.haha..
Farah : itu la orang kampung msk bandar jadi kejutan budaya. Kalau terkejut jer x per,ni siap follow
orang bandar memang macam tu sikit .
bukan bias , tapi memang itu la hakikatnya
teringat plak tajuk khutbah jumaat hari ni pasal isu jaga tepi kain orang…
skyone : mula2 nak tulis tajuk 2.siap dah karang.tapi panjang sangat.lagi panjang dari khutbah 2.hehe..
fitrihadi : amin..
na’uzubillah.. mintak dijauhkan dari benda2 maksiat tu…orang sekarang ni dah tak mesra alam a..maybe dah dipengaruhi oleh bahang pemanasan global..panas je otak dia
haha, atokk aku kalau dtg KL pon dok cakap benda nih jugakkk…
betol lah semngt kejiranan dah takde lolz skg!! masng2 bz.. heshhh!
itukah satu MALAYSIA?? hahaha
satu malaysia nmpk bila kerajaan buat makan bercuma.memang nmpk muhibah, tapi bila lik lain jadinya
itu lah yg membezakan penduduk kampung dan penduduk bandar ;)
kira nak bangga la dia dok bandar.
p/s : awal bangun.hehe.. :p
hrmm… kat area flat saya lagi la.. suami org tinggal ngan janda pun ada.. sebab tu bnyak kes bunuh dr tngkap basah.. semua sebab seks. bahaya kan… nauzzubillah.. kita doakan yang baik2 k.. tapi kalau kita tak mulakan pencegahan maksiat siapa lagi?? report je.. kalau tak buat macam tu dikira bersubahat.. free je dapat dosa.. die org sedap, kita sakit kena siksa neraka tak pasal2.. think it.. =D
Pergh lagi dasyat 2. tua dah ker. subhanallah..
ha’aah betul, saya duk kat shah alam dari 2006 tak kenal pun siapa jiran, selalu senyuman ku tak dibalas, huk huk sedih
.-= Post terakhir blog Nilzaf Melati : Contest – Senyuman Paling Menawan by Chenta =-.