Kuala Lumpur : Pada sabtu lepas sekumpulan penjenayah telah berparti di sebuah kelab bernama Ecoba yang terletak di Damansara Perdana. Parti tersebut dihadiri hampir 100 orang penjenayah paling di kehendaki polis. Dari sumber-sumber maklumat dari unit Risikan Jenayah Bahagian D5 Bukit Aman, parti tersebut telah ditaja oleh DiGi dan kebanyakkan yang handir mendapat jemputan khas melalu email rahsia.
Terlalu Ganas Sehingga Dikurung
Terdapat seorang banduan yang paling dikehendaki kerana telah terlepas lari dari penjara Pudu didapati kelihatan bersama Lincoln Burrows dan Michael Scofield. Dari jurucakap warden penjara, mereka telah lari penjara dengan bantuan peta penjara dari Michael Scofield. Walaupun muka dia nampak baik tetapi dia paling ganas di antara semua penjenayah kerana mampu mengoda polis wanita.
Polis Pertama Menjadi Mangsa Godaan
Polis Kedua Menjadi Mangsa Godaan
Dari kamera cctv di dalam kelab tersebut terdapat penjenayah international seperti The Joker, The Villians, The Dracula dan ramai lagi. Polis telah menangkap artis kesayangan ramai Julie Woon namun telah diselamatkan oleh penjenayah yang ganas tetapi dalam hati ada taman. Mereka telah membantu mencari kombinasi nombor untuk membuka kunci yang mengikat Julie Woon.
Antara penjenayah yang turut hadir memeriahkan majlis
Polis telah menangkap Julie Woon tetapi dilepaskan oleh penjenayah lain
Didapati penjenayah tersebut berteknologi tinggi kerana menggunakan BlackBerry untuk menghantar tugasan melalui Twitter kepada penjenayah kumpulan lain. Penjenayah terus berhibur dengan pelbagai persembahan serta dihidangkan dengan makan dalam sudu yang hanya boleh dibuat ‘lapik perut’. Di akhir party mereka membuat pertandingan custome penjenayah mana paling ganas dan pemenang dia memenangi sebuah HTC.
Penjenayah yang memenangi HTC
Sumber Gambar : CikLilyPutih & sop
sebijik macam banduan kot..
.-= Post terakhir blog Kancilbiru : My Sweetheart Smells Like Fresh =-.
Wakaka..comey!! Oi emi pesal ko tk pkai costume yg lbh dramatikkkkk!!! Weh apesal dia mng HTC????
.-= Post terakhir blog Frazi : more pics.. =-.
giler siot..masuk kelab..parti liar…godaan wanita…
apa nak jadi ni zulhelmi…risau mak kat kampung tu ha…
p/s :tapi baju ko memang terbaik!
.-= Post terakhir blog Cik Norfa : alahai Anis. =-.
banduan moden. dikurung ‘dalam’ Blackberry. mewah tu.. siap leh online kot walaupun dlm lokap:D
.-= Post terakhir blog ReD : ~ BUDAK KECIK UMUR 1 TAHUN LEBIH BUAT ‘PROJEK’ DALAM BILIK TIDUR ~ =-.
haha..ye ke.diorang kata muka aku x cukup jahat.betulkah??
Budget ciput.aku tny costume mana paling murah.haha..entoh aku pon x tau mcm mana dia menang HTC :P
shhh..ko ni.jangan bagi tau nama penuh. terbaik yer.ape ko igt ko puji tu aku nak belanja :P
wohooo…jadi banduan tuuu…. :)
.-= Post terakhir blog DaHLia : Jom Install SEO Quake! =-.
best tul r event ni….
.-= Post terakhir blog MM : Abang Jual Bunga Yang Comel =-.
ate.comey benor polisnyeeee…memang suke beno teman kena tangkapppp
.-= Post terakhir blog Efendi : UitM – my sister’s convocation =-.
wee.. :) hehe..
Pergh memang best.gempak abis. Nasib baik x mabuk.haha..
memang comei. semua penjahat serah diri.hehe
teheheh! menggatal dgn polis2 pulak dia! :p
.-= Post terakhir blog enydiamond : Dan Humphrey =-.
nice post, mcm berita la plakkan,haha, patut la that nite i tot u were familiar, rupenyer anakperak,haha….
.-= Post terakhir blog IHSAN : ~~~My Sweetheart Smells Like Fresh =-.
polis tu yang goda i tau.hehe.. :P
Lol awat x tegut. aku ni pemalu orangnya. ok next time klu ade event leh lepak sekali