Project Alpha Season 2 Bloggers’ Launched!

Semalam berlangsungnya pelancaran Project Alpha musim ke 2 di Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara. Aku yang bercuti pada selasa untuk ke Malaka meneruskan cuti aku untuk hari rabu sebab keletihan dari Melaka kena recover lik dengan tido satu hari di rumah.

Aku ucapkan terima kasih Miss ReD sudi menjadi pasangan aku untuk malam tu. Aku sampai sana awal gak coz aku x pernah g kesana, jadi tengah cuti ni baik amik peluang jalan2. Jam 7.15 malam aku daftar. Nasib baik daftar awal, kalau x jenuh beratur panjang.

Ini dia barangan Adidas yang aku dapat. Ade lagi 1, aku dpt maskara. Itu hari ni aku g office dengan mata yang melentik.haha..

Sementara tunggu tayangan Kick Ass jam 9.30 malam. Ade makan-makan. Makan free, ape lagi sapu abis penuh pinggan. Gaya mcm lapar, padahal sebelum tu Miss ReD dah belanja McD.

Lepas makan, mula ler sesi bermesra dan bergambar dengan bloogers untuk Project Alpha musim ke 2 antaranya KY, Azwan Ali, Niki, Ninie, Chessie, Shaolin Tiger, Joe Lee. Peserta Project Alpha musim pertama jugak ade memeriahkan majlis.

Azwan Ali, please ketepi. Aku nak amik gambar dengan jojo jer.hehe..

Ok, Sebelum tayangan Kick Ass ditayangkan ada preview the official Project Alpha musim ke 2 trailer. Aku pada awalnya fikir cite Kick Ass ni x best selepas di drop oleh Jen. Tapi lepas layan, memang best cite ni. Lawak giler. Cite jenis x der sensored. Haha..Habis dalam 11.30 then aku sampai umah kul 1.00 pagi. Pagi ni aku pergi kerja macam biasa dengan mata kuyu tapi bulu mata melentik.haha..

is presented by
supported by
P1 and MAS

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Facebook Twitter Google+ 

15 Responses to Project Alpha Season 2 Bloggers’ Launched!

  1. Kancilbiru says:

    ee..tak aci..amik gambar mesra dengan jojo…aku jeles! aku nampak hang tadi kat cafe dengan bulu mata tapi tak cukup lentik. sila tambah maskara lagi…hahahaha

  2. Ehem2. Bukan main lagi tgn kat pinggang Miss Jojo kite. Miss Linda tak jeles ke? Oops. Hehe.

  3. Anak Perak says:

    KancilBiru : Aku cari gak ko malam td. ko x g ker? Mata aku kuyu x ckp tido coz teringat kat jojo jer.itu x cukup lentik.haha..

    Jen : Miss Linda yg amikan gambar ni. Dia kata x per coz Miss Jojo pon bukan ade ati kat aku pon.haha..

  4. ReD says:

    oit2!! cerdit to me la sebab snap ur pic wif jojo ;p haha

    malam td tido mimpi jojo tak?:D

    apa ni.. x main la nama betull.. kasik la nama blogger..ceh! ;p

  5. Anak Perak says:

    ReD : kata nak bagi kredit. ade 2 kredit siap nama betul.haha..

  6. Sky0ne says:

    cisss…siap peluk pinggang lagi! *dengki*

  7. Anak Perak says:

    SkyOne : Nak rasa pinggang dia ramping or x. Memang ramping ler.hehe..

  8. Aku drop sbb aku ada event lain yg aku dah confirmkan dulu la. Bkn sbb citer kickass. Ikut logik, aku lg deserve mini makeover tu dari ko. Cehh.

  9. Anak Perak says:

    atreyu : Nak makeover yer. meh aku tlg buat kan.aku ade maskara ni.haha..

  10. ReD says:

    muahahah…terus tukar nama ;p

  11. Anak Perak says:

    ReD : nak jaga ati orang 2. karang merajuk lak

  12. Kancilbiru says:

    aku dapat invitation tapi tak accept daa…laki ai balik lambat tak sempatnya nak sampai. ko tak per la coti…cait!~ next time aku nk apply cuti gak la..hehe

  13. Bean Moreno says:

    haha…bukan main lagi ko eyh

  14. Anak Perak says:

    KancilBiru : ko ade ke cuti lagi.jap2 aku nak check. :p

    Bean : Aksi ini hanya utk org bujang. Org dah kawen x leh buat takut kena tido luar. hehe..

  15. azuan says:

    wah seronok jumpa blogger lain huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Powered by WordPress | Designed by: photography charlottesville va | Thanks to ppc software, penny auction and larry goins