Project Alpha Season 2 Bloggers’ Launched!

Semalam berlangsungnya pelancaran Project Alpha musim ke 2 di Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara. Aku yang bercuti pada selasa untuk ke Malaka meneruskan cuti aku untuk hari rabu sebab keletihan dari Melaka kena recover lik dengan tido satu hari di rumah.

Advertisement

Aku ucapkan terima kasih Miss ReD sudi menjadi pasangan aku untuk malam tu. Aku sampai sana awal gak coz aku x pernah g kesana, jadi tengah cuti ni baik amik peluang jalan2. Jam 7.15 malam aku daftar. Nasib baik daftar awal, kalau x jenuh beratur panjang.

Ini dia barangan Adidas yang aku dapat. Ade lagi 1, aku dpt maskara. Itu hari ni aku g office dengan mata yang melentik.haha..

Sementara tunggu tayangan Kick Ass jam 9.30 malam. Ade makan-makan. Makan free, ape lagi sapu abis penuh pinggan. Gaya mcm lapar, padahal sebelum tu Miss ReD dah belanja McD.

Lepas makan, mula ler sesi bermesra dan bergambar dengan bloogers untuk Project Alpha musim ke 2 antaranya KY, Azwan Ali, Niki, Ninie, Chessie, Shaolin Tiger, Joe Lee. Peserta Project Alpha musim pertama jugak ade memeriahkan majlis.

Azwan Ali, please ketepi. Aku nak amik gambar dengan jojo jer.hehe..

Ok, Sebelum tayangan Kick Ass ditayangkan ada preview the official Project Alpha musim ke 2 trailer. Aku pada awalnya fikir cite Kick Ass ni x best selepas di drop oleh Jen. Tapi lepas layan, memang best cite ni. Lawak giler. Cite jenis x der sensored. Haha..Habis dalam 11.30 then aku sampai umah kul 1.00 pagi. Pagi ni aku pergi kerja macam biasa dengan mata kuyu tapi bulu mata melentik.haha..

is presented by
supported by
P1 and MAS

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

15 thoughts on “Project Alpha Season 2 Bloggers’ Launched!

  1. ee..tak aci..amik gambar mesra dengan jojo…aku jeles! aku nampak hang tadi kat cafe dengan bulu mata tapi tak cukup lentik. sila tambah maskara lagi…hahahaha

  2. KancilBiru : Aku cari gak ko malam td. ko x g ker? Mata aku kuyu x ckp tido coz teringat kat jojo jer.itu x cukup lentik.haha..

    Jen : Miss Linda yg amikan gambar ni. Dia kata x per coz Miss Jojo pon bukan ade ati kat aku pon.haha..

  3. oit2!! cerdit to me la sebab snap ur pic wif jojo ;p haha

    malam td tido mimpi jojo tak?:D

    apa ni.. x main la nama betull.. kasik la nama blogger..ceh! ;p

  4. aku dapat invitation tapi tak accept daa…laki ai balik lambat tak sempatnya nak sampai. ko tak per la coti…cait!~ next time aku nk apply cuti gak la..hehe

  5. KancilBiru : ko ade ke cuti lagi.jap2 aku nak check. :p

    Bean : Aksi ini hanya utk org bujang. Org dah kawen x leh buat takut kena tido luar. hehe..

Leave a Reply