Masih ingat dengan entri ini, Superhero Terbaru Di Malaysia? Dalam entri tersebut aku ada bagi tahu korang yang aku dapat testing unit Super Wiggy P1 4G Portable Modem model UH235. Malam tadi aku membuat testing habis-habisan untuk unit ini di rumah aku.
Pada yang layan blog aku, korang sedia maklum bahawa aku merupakan pengguna Wiggy Model UM230. Rupanya dia macam ini :
Sejak menggunakan model ini, pasti korang perasaan keluhan-keluhan dan puji-pujian untuk model ini. Antaranya entri aku :
- Yeah, Internet Aku Sudah Ok! TQ P1 Wimax
- Boleh Tak Aku Hendak Marah P1 Wimax?
- All About Wiggy P1 Wimax
- Wiggy P1 Wimax
- Aku Ada W1GGY
- No Strings Attached
Dari entri tersebut aku simpulkan disini untuk Wiggy model UM-230 ini ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihannya adalah bila korang mendapat signal yang baik dan pengguna dalam kawasan tersebut tidak ramai, korang akan mendapat full speed mengikut package yang korang langgan.
Kekurangan untuk model ini ialah tarikan signal agak kurang bila digunakan indoor. Untuk membetulkan posisi modem agak susah sebab benda ini melekat di laptop jadi korang kena usung laptop itu untuk mencari signal.
Untuk menyelesaikan problem tersebut, P1 4G (dahulu dikenali P1 Wimax) telah melancarkan satu model baru iaitu Super Wiggy model UH235. Seperti korang sedia maklum malam tadi aku telah mencuba unit ini. Untuk pengetahuan korang rumah aku memang susah mendapat signal sebab base station berdekatan berada lebih kurang 500 meter dari rumah aku.
Sebelum ini, aku hanya meletakkan laptop aku di satu kedudukan di bilik aku dan tidak boleh ubah kerana dalam posisi tersebut aku peroleh signal. Tetapi Super Wiggy ini lain dengan model sebelum ini. Internal antenna dia lebih kuat sebab aku boleh letak dimana-mana posisi di dalam rumah aku. Namun untuk mendapat signal yang kuat better, korang mengadap lampu yang mentala modem tersebut ke arah base station berdekat.
Membuat connection adalah lebih cepat berbanding modem yang aku gunakan sebelum ini. Semalam juga aku cuba mencuba kelajuan yang boleh dicapai Super Wiggy tersebut. Memang laju kerana menggunakan 4G speed. Aku dapat memuat turun video bersaiz 700mb dalam masa tidak sampai 15 minit.
Besar dan berserta usb kabel, Super wiggy ini dilengkapi dengan stand atau pemegang bagi memudahkan untuk diletakkan di mana sahaja mengikut keselesaan korang.
Kekurangan Super Wiggy ialah kabel usb dia terlalu keras jadi bila kita pakai stand dan ubah sedikit kedudukan laptop maka jatuh tertunggeng la Super Wiggy tersebut.
Untuk mengetahui package dan harga yang ditawarkan. Korang layari http://www.p1.com.my
