Boleh Tak Aku Hendak Marah P1 Wimax?

Argh, buat apa tanya. Kalau tak boleh, aku still hendak marah juga. Memang sakit hati tahap dewa ni. Aku aku cerita dekat korang dari awal. Semalam, sampai sahaja di rumah selepas pulang dari tempat kerja. Seperti biasa, aku akan membuka laptop aku dan cucuk Wiggy aku. Sebelum ini tiada masalah, memang aku cucuk terus connect. Tapi semalam pelik, berkelip sahaja merah.

Advertisement

Aku guna la troubleshoot yang telah diajar oleh P1 Cares. Plug unplug, uninstall install, pusing satu rumah cari line. Semalam aku siap bawak keluar rumah tapi still tidak boleh connect. Aku sudah suspek mesti mereka punya problem sebab sebelum ini ok. Aku call la helpline diorang. Macam biasa, soalan akan keluar. Sila bagi no akaun atau no kad pengenalan. Sila sebutkan kepada saya bacaan RSSI, CINR dan TX Power. Dia bagi tahu la RSSI kurang dari -80, CINR 5 hingga 7 (kalau tidak silap), TX Power kurang dari 6 dan tidak boleh 0 (kalau tidak silap). Selepas itu akan suruh cucuk ke port lain, restart, install uninstall. Semua benda itu aku naik hafal tidak payah cerita. Selepas itu mereka akan bagi tahu ayat, sebenarnya Wiggy ini tidak banyak saya boleh troubleshoot, apa kata encik pergi ke authorized dealer then minta bantuan mereka. Akhir sekali bagi no kes.

Pagi ini, bangun dari tido. Aku cuba connect still tidak boleh. Then dekat jam 10, aku tweet @P1Cares. Mereka mintak no akaun then dapat la call. Seperti biasa, ayat diatas ditanya dan seperti biasa aku tidak bosan memjawabnya. Selepas itu, dia tidak boleh tolong apa-apa suruh aku pergi troubleshoot di authorized dealer. Jadi aku pergi la tadi, dengan panasnya dan jemnya dalam UiTM ni. Paham-paham la time convo banyak gila kereta. Aku hanya tahu P1 authorized dealer ada di Plaza Alam Sentral. Sampai disana, saya tidak boleh tolong. En perlu pergi ke HQ. Giler ke apa, ingat HQ tu belakang office aku. Aku call P1 Cares untuk tanya mana tempat terdekat untuk troubleshoot. Seperti biasa dia mintak no akaun. Selepas itu dia semak then dia cakap Base Station disitu problem sejak semalam dan mereka dengan membuat baik pulih. Memang *tut*. Memang panas aku der.

Satu sahaja aku nasihat dengan mereka yang kerja menjaga P1 cares ni, please jangan salahkan customer sebelum melihat kesalahan sendiri. Tengah hari ini dah la panas, diorang bagi aku panas lagi. Dah la, aku mahu sembahyang. Bagi reda sikit perasaan aku ni.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

6 thoughts on “Boleh Tak Aku Hendak Marah P1 Wimax?

  1. Hahaha
    Lek3 jangan hot3
    .-= Post terakhir blog Nizam6281 : LAMAN WEB PILIHAN UNTUK DOWNLOAD SOFTWARE =-.

  2. org tgah HOT, xmo komen pape :D
    .-= Post terakhir blog ReD : ~ KENAPA MESTI ‘ANDARTU TERLAMPAU’? DAN KENAPA MESTI ‘JANDA MELETUP’? ~ =-.

Leave a Reply