Site icon Blog Anak Perak

Aktiviti Mengutip Hadiah Di Office Nuffnang

Assalamualaikum. Post sebelum ini aku sudah ceritakan yang semalam aku cuti untuk interview. Jadi alang² sudah pergi KL maka bodoh la aku jika tidak ke office Nuffnang. Fuh, nasib baik aku pandai.haha.. Sebelum pergi ke tempat interview aku singgah sebentar ke office Nuffnang untuk mengambil hadiah dan sijil. Ini kali ke dua aku pergi ke office mereka. Walaupun kali ke dua aku still pakai GPS. haha.. Mana la aku ingat jalan simpang siur KL ni.

Hadiah apa aku hendak ambil? Masih ingat Daily Contest Project Alpha di Ruumz hari itu. Aku pemenang bertuah untuk hari ke 10 dan sijil apa. Aku rasa korang juga tahu sijil apa.Tidak tahu? Tidak mengapa, biar aku flashback ingatan korang dengan membaca post ini Sijil Malaysia Book of Record Ke 2. Masih tidak ingat? Baca ini pula Gatsby Street Fair Memang Hapeningggg!!! dan ini Gatsby Street Fair Final Post. Juga masih tidak ingat? Baik korang pergi jumpa doctor, aku takut korang ada masalah daya ingatan.

Apa yang aku dapat untuk Daily Contest Project Alpha? Sebijik bantal busuk yang comel dari Ruumz dan aku tidak sempat untuk mengambil gambar sebab telah di sapu oleh seseorang. Dia hendak buat apa aku pon tidak tahu. Lihat gambar di atas, banyak tak sijil aku. Itu kurang satu sebab sorang sudah ambil. Antara blogger yang sibuk mengalahkan menteri adalah YB Sumijelly, YB Norfa, YB Bro Framestone dan YB Zuriey. Aku mintak maaf dekat Faizal sebab aku ingat aku ambil, tapi setelah di semak semula, aku terlupa. Maafkan aku…huhu..tidak sengaja..

Exit mobile version