Site icon Blog Anak Perak

PENGALAMAN ANAK MENJAWAB SOALAN UJIAN PROGRAM PERMATA PINTAR, PCIS 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mama cuba bagi ‘permainan’ baru untuk Afiq, 6 tahun. Ujian online PCIS 2019. Afiq excited tapi ada 1 seksyen tu dia bagi respons

“Bosanlah soalan ni asyik yang samaaaa je..”

Pattern soalan yang berulang-ulang, lebih kurang sama. Sudahnya, dia pass soalan pada Arif untuk selesaikan. He he!

Ada 5 seksyen soalan perlu dijawab

Memang kena bersabar untuk selesaikan ujian ni. Afiq pun ambil masa juga untuk selesaikan. Banyak sangat soalan. Mujurlah Afiq dah pandai membaca dan faham soalan. So, Mama hanya duduk sebelah dia untuk tekan jawapan yang dipilih sahaja. Kadang-kadang tu, Mama pun tak jumpa logik kenapa jawapan pilihan dia begitu begini. Pemikiran budak-budak selalunya lebih kreatif berbanding orang dewasa.

Antara contoh soalan

Seksyen Maklumat

Arif pun nak jawab sama. Malah lebih excited dari Afiq
https://anakperak.com/wp-content/uploads/2019/09/VID_20190915_112903-1.mp4

Seksyen Penaakulan Abstrak

Seksyen Pencarian Simbol

soalan pada seksyen inilah yang Afiq tak suka jawab sebab bosan dek banyak dan berulang-ulang.

Seksyen Memori Fotografik

kena hafal gambar contoh
Klik pada gambar sebagai jawapan.

Makin lama makin banyak barang yang perlu diingat. Kalau tak fokus, memang boleh lupa.

Seksyen Rekabentuk Blok

Makin lama bentuk makin kompleks. Tapi Afiq tetap gigih nak selesaikan juga malam tadi. Alhamdulillah juga bilangan soalan pada seksyen ni sedikit je. Itu pun Mama dah menguap teruk menunggu Afiq selesaikan soalan.

Seksyen ni memang menguji kekreatifan Afiq. Dia nak bayangkan macam mana nak gabung segi empat kecil menjadi sebuah rekabentuk seperti dalam contoh.

Yeay! Alhamdulillah Afiq berjaya juga selesaikan soalan PCIS 2019 ni.

Exit mobile version