Site icon Blog Anak Perak

MAKSUD BACAAN Hb DAN BP UNTUK IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kali ke-2 mengandung ni baru tergerak nak study pasal bacaan Hb (Hemoglobin) & BP (Blood Pressure) @ Tekanan Darah. Ini pun sebab laporan kesihatan masa check-up tak berapa bagus. Kalau doktor kata OK, memang aku buat deeerrkkk je. He he.

Siap tulis dengan pen warna merah

 

Apa maksud bacaan Hb?

Bacaan untuk menentukan paras Hemoglobin dalam darah yang diukur melalui sampel darah yang diambil. Hemoglobin adalah protein yang berfungsi membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Paras Hb dikira dalam unit g/dL (gram / deciLiter).

Perihal Hb. Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

OK. Aku dah mula risau.

 Apa maksud bacaan BP?

BP (Blood Pressure) atau Tekanan Darah : Tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh darah ketika darah dipam dari jantung ke seluruh badan.

Systolic : Tekanan kepada pembuluh darah akibat denyutan jantung.

Diastolic : Tekanan semasa jantung ‘berehat’

Perihal BP @ Tekanan darah. Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Setakat ni, bacaan BP aku OK. Alhamdulillah.

OK, itu je nak share.

p/s : Mood kerja tak ada.

Exit mobile version