Pagi semua! Mulakan pagi khamis dengan wajah yang ceria dan hati yang tenang. Hari ini dapat berita dari Project Alpha. Aku pemenang Ruumz Daily Contest untuk day yang ke 23 dan 28. Dapat apa yer. Takkan batal bucuk lagi. Penuh la kereta aku dengan bantal bucuk lak. Lepas ni kalau pergi mana-mana tido dalam kereta, jimat duit tak payah sewa hotel.
Tandas jenis duduk atau cangkung, mana satu pilihan anda? Hahaha..apa punya topic la aku hendak cerita ni. Kalau aku pilih tandas jenis cangkung. Korang tahu tak, mat saleh terkejut wo coz budak kecik kat Malaysia ni boleh mengcangkung. Korang tau, kat luar negara anak-anak mat saleh mana reti mengcangkung sebab nanti jatuh terlentang.haha..
Tapi sekarang tandas banyak dah jenis duduk. Aku dekat rumah tandas jenis duduk, tapi bila pergi tandas awam memang aku tidak suka tandas jenis duduk. Aku sanggup tahan dan tunggu depan tandas sampai orang habis lepas hajat janji aku dapat tandas jenis dudukcangkung. Kalau betul-betul tidak tahan seperti telur di hujung tanduk atau hingga hujung nyawa memang aku akan masuk jer tandas jenis duduk. Tapi sebelum itu aku jadi cleaner jap kasi sental bersih-bersih dulu.
Kenapa aku tidak suka tandas jenis duduk. Sebab aku rasa geli giler. Korang bayangkan, pelbagai jenis peha dan punggung duduk atas tu. Segala macam color punggung yang pernah melepap kat situ. Lepas tu, segala macam peta yang ada kat punggung dan peha dia. Lepas tu korang bayangkan yang memancut dan meleleh kat penutup tu. wek! aku rasa nak muntah. Hilang feel nak lepas hajat. Jadi aku harap, jangan hapuskan tandas cangkung.Hidup tandas cangkung! haha..
