Selamat malam. Malam kedua aku berada di kampung halamanku. Nama jer kampung tapi bukan kampung pon juz taman di tengah pekan Manjung. Kali ini aku share dengan korang platform yang aku gunakan untuk promote blog. Aku rasa banyak lagi platform yang korang guna yang aku tak share kat sini. Kalau korang nak share boleh la letak kat comment, mungkin dpat membantu bloggers baru macam aku.Aku akan menyusun ikut jumlah refering dari paling tinggi ke paling rendah.
- Geng Blogger
- ChatBox
- Comment Box
- Innit
Rasanya tidak perlu aku terangkan lebih detail pasal GengBlogger ini.Sudah tentu ramai tahu tentang kewujudan dia. Pada yang tidak tahu korang boleh kunjungi portal Geng Blogger.Geng Blogger menyumbang hampir 70% visitor aku.
Ya twitter. Korang nampak simple jer software ini, tapi ia memainkan peranan yang penting jika ramai followernya. Geng Blogger pon dah intergrate dengan twitter, jadi bila korang ping automatik akan di tweet di akaun twitter korang. Bagi pengguna wordpress korang boleh gunakan plugin untuk anto tweet post korang.
Ya laman sosial yang aku rasa tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain korang share link post korang status korang, korang boleh menggunakan kemudahan rss feed Networked Blog.Untuk menambah effect lagi buatlah fun page untuk blog korang dan Networked Blog boleh intergrate dengan akaun fun page korang dan auto ping post terbaru kat wall fun page korang
Chatbox seperti shoutbox dan lain² ini akan memberikan kesan yang terbaik tetapi kena berusaha dengan bersungguh² sebab korang kena jalankan aktiviti blogwalking dan meningkalkan jejak anda di blog korang lawati.
Selalunya blog yang ramai pengunjung ni, bila kita tinggalkan jejak di chatbox cepat jer masuk page sebelah. Bila dah masuk page sebelah bukan sahaja visitor blog tu malas tengok malah tuan punya blog pon malas tengok.Jadi cara terbaik rajinkan tangan anda tinggalkan comment.INGAT, tinggalkan comment bukan SPAM!
Innit ini lebih kurang fungsinya sama dengan Geng Blogger. Tapi ia agak simple dan kurang berjaya sebab tidak ramai blogger melayu lepak sini.Jadi kalau post anda dalam bahasa melayu, kurang mendapat sambutan. Tapi tidak salahkan kalau kita ping blog kita kat sini.Innit ini disediakan oleh pihak Nuffnang.
Itu sahaja platform yang aku gunakan.Jika korang ada yang lain, sila share yer kat sini.
