Setakat ni aku pakai hosting sendiri tidak pernah mengalamai masalah ini. Ye la,visitor tak sampai seratus mana nak ade masalah ini. Ok petang ni aku hendak bagi tips versi aku punya. Kalau korang pernah baca tempat lain atau pernah buat post tentang ini, itu korang punya. Jika sama, mungkin itu kebetulan. Tiada mengena antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.
Selalunya masalah bandwidth ni berpunca dari image. Takkan la blog kita tak der image langsung. Bosan gila, macam baca teks ucapan jer.Image template tiada masalah sebab template memang dicipta ringan dan kecil saiznya.Yang menjadi masalah image di post yang menggunakan hosting sendiri.Tidak salah menggunakan hosting sendiri. Kalau tak buat ape korang bayar mahal-mahal untuk hosting jika tidak digunakan. Tapi pastikan:
- Kecilkan gambar sebelum upload. Bagaimana hendak kecilkan, korang boleh baca Tips Ringankan Blog [Gambar]
- Jangan sesekali pingkan gambar tersebut ke Geng Blogger. Sebab Geng Blogger mempunyai ramai visitor jadi mereka akan memakan bandwidth korang.
- Ini paling penting, make sure korang block HotLink. Hotlink ni bukan prepaid Maxis tu. Sape mau tahu pasal hotlink? Nanti aku akan ceritakan untuk post seterusnya.
Jika leceh hendak buat semua perkara diatas, ape kata korang hostkan gambar korang dekat tempat lain seperti Facebook,Flickr,Photobucket,Picasa dan pelbagai lagi la. Untuk pengetahuan korang, aku menggunakan Picasa sebagai hosting gambar aku. Semua pengguna Blogspot juga menggunakan Picasa sebagai hosting gambar. Jika tidak percaya korang login kat Picasa , maka keluarlah semua gambar yang korang pernah upload.
