Yes, akhirnya aku buat contest. Contest dia mudah sahaja.
Cara-caranya untuk join :
- Membuat satu post bertajuk “Saya Kenal Anak Perak” dalam post tersebut anda perlu menceritakan macam mana korang boleh tahu pasal blog dan beri komen sedikit pasal blog ni. Tidak kisah baik atau buruk janji komen membina atau pada yang pernah jumpa aku ceritakan dimana korang jumpa tidak melebihi 100 patah perkataan.
- Task tambahan, korang bagi tau sekali sebab ape korang nak pakai dot com dan kalau dapat nak bagi nama ape. (example : akuhensem.com)
- Meletakkan gambar ini dan link http://anakperak.com di akhir post
- Jangan lupa meninggalakan permalink anda di comment.
- Pemenang akan di pilih untuk penceritaan yang paling kreatif
- Korang boleh update post korang sampai rasa puas hati sebab aku akan adili post korang selepas tarikh tutup. Jadi tiada terms siapa cepat dia dapat macam Project Alpha Instant Cash. :P
Hadiahnya : 3xDomain name dot com selama setahun untuk setiap pemenang.
Pemenang akan dihubungi untuk menentukan domain name apa yang mereka mahukan. Pada yang tidak tahu macam macam mana hendak settings, khidmat nasihat diberi secara percuma.
Syarat-syarat penyertaan:
- Terbuka kepada pengguna Blogspot.
- Tidak mempunyai domain name sendiri lagi
- Keputusan pengadil iaitu aku sendiri adalah muktamad
- Pemenang akan diumumkan dalam blog ini dan akan dihubungi melalui email
- Tarikh tutup penyertaan pada 15 Mei 2010 jam 5 petang
P/S : Disebabkan soalan aku bagi agak mencabar minda.Aku cancel soalan korang cuma kena buat post jer. Bagi yang telah menjawab. Aku mintak maaf. Nanti aku belanja makan yer.hehe..
