Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bermula 1 April, telah dibuka permohonan secara atas talian bagi kemasukan ke Tahun 1 SRAI tahun 2022. Berikut adalah pautan yang perlu diklik untuk proses pendaftaran.
PENDAFTARAN KEMASUKAN KE TAHUN 1 SRAI
Bagi tujuan pendaftaran, hanya akaun Gmail sahaja yang diterima.
PERINGATAN! Pendaftaran hanya SEKALI sahaja. TIADA butang KEMASKINI ya!
Selepas selesai urusan pendaftaran secara atas talian, kalian perlu mencetak borang permohonan dari sistem berkenaan dan hantar ke pejabat SRAI yang ingin dipohon beserta lampiran sokongan (disusun mengikut urutan) yang dinyatakan. Tarikh akhir hantar adalah pada 30 April 2021.
Berikut adalah senarai lampiran sokongan :
- Borang Pendaftaran Tahun 1 yang telah dicetak dari sistem.
- 1 salinan Bil Utiliti : TNB/SYABAS/ ASTRO/TELEFON
- 1 salinan Borang Pengesahan Mastautin. Klik sini untuk borang.
- 2 salinan Sijil Lahir Murid / Sijil Anak Angkat
- 2 salinan MY KID
- 1 salinan slip gaji / borang pengesahan Pendapatan PB-2 Ibu bapa / Penjaga
- 1 salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa /Penjaga.
- Surat Cerai & Hak penjagaan anak ( jika berkaitan)
- Salinan Borang Pendaftaran SK
Semua salinan hendaklah DISAHKAN.
Selepas menyerahkan DOKUMEN LENGKAP, pihak Pejabat SRAI akan memberikan 1 keping Kad Pendaftaran Tahun 1/2022 bagi menduduki Ujian Kelayakan (UKS) Tahun 1 yang dijangkakan pada 26/6/2021
SILA SEMAK SEGALA MAKLUMAT DENGAN BETUL DAN BAWA KAD SEMASA MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN MASUK!!!
Bagi urusan pendaftaran, bayaran RM 10 akan dikenakan sebagai cas pengurusan. Buku latihan UKS juga boleh dibeli di Pejabat SRAI pada harga RM 12.
Biasanya akan ada ujian bertulis dan ujian lisan tapi bermula UKS tahun lepas, hanya ada ujian bertulis sahaja. Apa-apa pun, tertakluk kepada prosedur terkini oleh JAIS/SRAI. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pejabat SRAI yang ingin dipohon.
Keputusan UKS pula boleh disemak secara atas talian pada 28/7/2021.
Jika BERJAYA, muat turun SURAT TAWARAN dan BORANG MAKLUM BALAS dan hantar ke Pejabat SRAI dalam tempoh yang ditetapkan.
Jika TIDAK BERJAYA, muat turun BORANG RAYUAN dan hantar ke Pejabat SRAI dalam tempoh ditetapkan.
Biasanya, semua urusan penerimaan/rayuan adalah dalam tempoh 7 HARI BEKERJA bermula dari tarikh keputusan dikeluarkan. (28/7/2021 – 6/8/2021)
Keputusan RAYUAN pula boleh disemak secara atas talian pada 1/9/2021.
**********************************************
Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya untuk kalian. =)