Site icon Blog Anak Perak

SENARAI SEMAK KELENGKAPAN SEKOLAH TAHUN 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahun 2020, Afiq akan memasuki Tahun 1. Anak sulung, maka ini adalah pengalaman pertama bagi Mama dalam menyediakan keperluan dan kelengkapan sekolah Tahun 1.

Macam-macam kena beli baru. Bermula dengan fasa senarai barang-barang. Kemudian baru masuk pada anggaran kewangan.

Memandangkan Afiq bersekolah 1 sesi sahaja, dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang, ada penjimatan sedikit pada keperluan dan kos pakaian sekolah.

A) Pakaian sekolah

  1. Baju Uniform Lengan Pendek (Putih)
  2. Seluar Panjang (Biru Gelap)
  3. Baju Melayu
  4. Samping Hijau
  5. Songkok
  6. Tali Leher
  7. Lencana Sekolah
  8. Name Tag
  9. Stokin (Hitam)
  10. Kasut Sekolah (Hitam)
  11. Singlet Tidak Berlengan
  12. Kain Lap Tangan
  13. Baju Sukan Sekolah
  14. Seluar Sukan
  15. Baju T-Shirt Putih (mungkin digunakan untuk PJK sebelum dapat Baju Sukan Sekolah)

B) Kelengkapan belajar

  1. Beg Sekolah
  2. Pensel 2B
  3. Pemadam
  4. Pembaris
  5. Pengasah Pensel
  6. Gam
  7. Gunting
  8. Pensel Warna
  9. Bekas Pensel
  10. Pembalut Buku (jenis embossed & tebal)
  11. Selotep
  12. Fail (mengikut subjek di sekolah) – mudah urusan sedia jadual waktu nanti
  13. Warna Air / Krayon
  14. Kertas Lukisan
  15. Berus Lukisan

C) Keperluan bulanan

Transit : tempat tinggal sementara selepas habis sesi persekolahan jam 3.30 petang sehingga sampai waktu Papa untuk jemput Afiq balik.

Kriteria Transit :

  1. Pastikan waktu maksimum boleh stay di premis.
  2. Ambil maklum jika ada kadar bayaran OT kerana lebih waktu operasi
  3. Apa jadual transit petang? Ada makan petang ke? Anak boleh mandi ke? Kot lah nak segarkan badan.
  4. Beroperasi pada musim cuti sekolah (sekolah tutup tapi Papa & Mama tetap kena pergi kerja)

Van sekolah : ambil 1 hala sahaja. Servis ketika pulang dari sekolah menuju ke transit. Pagi, Papa yang akan hantar Afiq ke sekolah

D) Lain-lain

  1. Name Tag / Name Sticker
  2. Jam Tangan
  3. Dompet
  4. Botol Air
  5. Jaket / Baju Sejuk
  6. Sabun Botol Kecil (kegunaan ketika di tandas sekolah)
  7. Baju Hujan / Pancho – Afiq naik motor dengan Papa
  8. Helmet
  9. Penyangkut Baju (uniform sekolah)

E) Yuran Sekolah

Meliputi Yuran Pendaftaran, Yuran Tahunan, Yuran PIBG, Yuran Buku, Yuran Makan (makan tengah hari disediakan oleh pihak sekolah)

Untuk harga, yuran sekolah dan maklumat lain, masih belum dapat info dari pihak sekolah dan juga belum habis survey. Kalau dah selesai, in sha Allah nanti Mama akan kongsikan.

Kalau ada idea/tips/keperluan lain yang dirasakan perlu/membantu, boleh kongsikan dengan Mama di ruangan komen. Terima kasih =)

Ada promosi untuk kelengkapan sekolah, boleh semak di link ini ->

Exit mobile version