Assalamualaikum dan salam sejahtera
15 Oktober 2019, bertempat di Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, Alhamdulillah, suami dah konvo! *lompat bintang
Sempena meraikan kejayaan suami yang tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kelas Pertama, maka, beliau wajib menjadi teman shopping di pesta buku. Kebetulan ada Big Bad Wolf Book Fiesta di MITC, Melaka. Sorry hubby, tiada bunga konvo mahu pun hadiah! Tengah bulan, amaun dalam akaun bank tak berapa ‘meriah’. :-p
Nasib baik sidang pagi. Seawal jam 7.30 pagi dah kena beratur dalam barisan graduan. Tapi elok juga pagi sebab cuaca tak panas. Muka fresh je nak ambil gambar. :-)
Nahh… belanja video naik pentas, ambil scroll dari Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim.
Ok adillah. Laki bini sama taraf ada Ijazah. Bolehlah gantung gambar konvo masing-masing, sebelah menyebelah. Then, duduk bersila dengan anak menghadap dinding gambar, sambil kami bercerita tentang kenangan zaman study Papa & Mama sehingga berjaya dapatkan scroll. Fuhh! Jauh berangan.. Ha ha ha!
Bukan apa. Niatnya nanti nak lah jadikan kami ini role model pada anak-anak untuk berjaya dalam pendidikan.
Banyak ujian yang kami suami isteri lalui sepanjang PJJ bila suami belajar. Allah je yang tahu semua kesusahan yang kami lalui sepanjang waktu itu. Rasa tak sanggup nak ulangi detik PJJ lagi.
Mana kan sanggup? Jauh dari pasangan! Balik kerja, tiada yang menegur sambil senyum/beri salam masuk rumah. Bila makan malam, tiada sesi berborak “how was your day today?”. Bila nak tidur malam, tiada usik mengusik macam selalu.
Suami busy study, kadang-kadang nak kejar due date assignments. Yang dapat pun, siang je lah dok Whatsapp bila suami habis/tiada kelas atau discussion. Malam pulak, Mama dah sibuk nak uruskan anak-anak. Awal semester okay la lagi. Bila dah lama-lama, makin busy, masa berhubung pun makin terhad.
Itu baru part berkomunikasi.
Tapi bersyukurlah sebab hujung minggu, Sabtu dan Ahad, jika suami tiada apa-apa aktiviti pelajar, dia akan balik ke rumah. Nasib baik anak-anak kenal lagi Papa dorang. Ha ha!
Masuk hal uruskan makan/pakai/didik/sakit/pening/jaga anak-anak. Masa tu anak 2 orang. Afiq 4 tahun, Arif 3 tahun. Memang kena uruskan sepenuhnya dengan tangan sendiri. Budak kecil lagi mana pandai nak bersiap sendiri, belum tahu cibuk kencing berak sendiri, belum pandai kemas / lap meja lepas makan sebab bersepah. Masa tu dengan nak potty training si Arif. Berjaga malam/rush ke klinik 24 jam bila anak sakit. Semua hadap sendiri. Ada pun, esoknya hantar report pada suami kata anak sakit. Yang Mama ni, sama ada EL atau punch card merah sebab lewat bangun, letih tak cukup tidur.
Alhamdulillah, sepanjang tempoh PJJ, rasanya tak pernah jatuh sakit teruk. Paling tidak pun demam, batuk selesema tu, biasalah. Masih kuat untuk jaga dan uruskan anak-anak.
Pernah juga dipanggil oleh ketua unit sebab 7 kali lewat dalam sebulan. Gila! Ha ha ha!
Setiap bulan wajib ada merah kalau tidak 3, mesti 2 kali pada punch card.
Itu pulak cabaran mental dan fizikal untuk Mama.
Disebabkan 10 jam dalam 5 hari masa banyak dihabiskan di pejabat, maka kena atur urusan harian dengan betul. Mana nak atur basuh-sidai-angkat-lipat-simpan pakaian harian. Bila musim hujan, susah hati betul sebab pakaian di ampaian belum kering sepenuhnya tapi bakul baju kotor dah penuh. Minta dibasuh tu…
Rutin nampak simple, tapi kalau tiada pakaian biasa untuk dipakai pun haru juga kan..? Termasuklah hal urusan rumah yang lain untuk pastikan rumah dalam keadaan selesa untuk didiami.
Pernah sekali, rumah banjir. Suami jauh study. Seorang dirilah membersihkan rumah sambil pastikan anak-anak selamat dari bahaya banjir (binatang dalam air).
Pernah juga, hujan lebat tengah malam sampai trip elektrik dalam rumah! Suami jauh study. Nasib baik masa tu, anak-anak lena tidur. Tapi Mama susah hati sebab suasana dalam rumah yang gelap dan panas. Bateri handphone pun dah low untuk on kan torchlight. Lilin tak ada pulak! Stress.
Pernah juga terduduk seorang diri, menangis kepenatan yang amat sangat tahap nak quit dari situasi ini. Nak suami berhenti study, balik dan jaga kami macam biasa. Biarlah kalau suami tak belajar tinggi pun asalkan lepas makan pakai dan belanja macam biasa, cukuplah.
Sekarang, semua pengalaman pahit tu, terbalas dengan kejayaan suami graduate on time. Nanti boleh gantung gambar konvo laki bini sebelah-sebelah. He he.
Seminggu lepas balik dari konvokesyen suami, rumah banjir! Paras air tertinggi setakat 4 kali rumah kena banjir. Banyak barang dan perabot rosak. Habis buang semua! Sedih…
Tapi yang paling menyentap tangkai hati bila…
Gambar konvo Mama rosak dek banjir! Terkubur impian nak gantung gambar konvo laki bini sebelah-menyebelah. T__T
Usaha juga pergi ke studio gambar di UiTM Shah Alam. Cuba untuk dapatkan salinan. Malangnya, TIADA dalam simpanan sebab itu majlis konvo tahun 2009. T__T
Nasib baik Bonda (emak Mama), jadi penyelamat. Baru teringat, ada 1 lagi gambar konvo Mama yang Bonda letak di kampung. Bolehlah ambil semula untuk realisasikan impian gantung gambar konvo tu..
Sekarang tengah tunggu masa untuk dapat kunci rumah baru. Tak sabar nak pindah! Tak sanggup nak lalui banjir lagi…
