Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cuti panjang 3 hari, berkesempatan untuk bawak anak-anak beriadah di indoor playground, The Parenthood di Sunway Pyramid. Sejak Afiq ternampak gambar slide besar dalam handphone Mama, sejak dari itulah dia jadi reminder Mama untuk tunaikan janji bawa anak ke sana. Padahal Mama cuma cakap
“In Sha Allah kalau ada masa, nanti Mama bawak Hazims (Afiq, Arif & Akif) main kat playground yang ada slide besar..”
Itu kira janji juga ke? *Mama tepuk dahi sebab rasa macam tersalah cakap
Lokasi yang sangat tersorok. Kena masuk ke kedai Padini, sambil cuci mata tengok seluar baju apa semua dalam tu, jalanlah terus ikut papan tanda mention The Parenthood jauh ke belakang nun. He he.
Pada pandangan Mama, harga asal meeeeemang mahal! Hampir RM 60.00 / kanak-kanak pada hujung minggu.
Jadi, Mama cari alternatif untuk dapatkan tiket masuk pada harga yang lebih murah. Semestinya favourite voucher shopping di Fave!
Masa beli voucher tu, kebetulan ada promosi Merdeka. Maka, diskaun berganda-gandalah. Dapat beli tiket dengan harga yang jauh lebih murah dengan diskaun lebih dari 50%. Wohaaa!
Dah bagi murah, ada la syarat lain. Voucher ini dihadkan boleh beli SATU sahaja untuk setiap user. Apa lagi, Mama pun mintak tolong Papa la guna akaun dia untuk beli 1 lagi voucher. Mujur 2 orang je anak yang perlu bayar tiket. Akif, bawah umur 11 bulan, FOC!
Harga tiket masuk tu, termasuk sekali dengan 1 orang penjaga untuk setiap 1 kanak-kanak.
Macam-macam mainan ada tapi pastinya slide besar ni jadi tumpuan utama.
Ada banyak lagi mainan lain. Trampolin pun ada tapi Mama tak teringat nak snap gambar kat trampolin pulak.
Bukan sahaja boleh masuk unlimited time (waktu operasi : 10 pagi-10 malam) tapi juga boleh banyak kali keluar-masuk. Asalkan tag di tangan masih dipakai elok. Wajib pakai stokin ketika berada di dalam kawasan playground ni.
Mak bapak budak pun boleh main sekali mainan dalam ni. Puas hati. Ha ha ha. Cumanya kena bergerak secara merangkak/merendahkan badan la sebab ruangan rendah yang sesuai dengan ketinggian kanak-kanak.
Jangan risau kalau lapar, ada cafe di dalam kawasan playground. Boleh beli makanan dan minuman kat situ. Kalau nak pergi toilet, kena keluar lah. Tapi Mama gerenti, budak boleh lupa nak makan/minum dan kencing/berak bila main kat sini.
Afiq sampai tak ingat nak balik selagi Papa tak panggil untuk balik. Ish ish ish… Arif pulak, punya penat main sampaikan bila ditanya nak makan apa, jawapan dia
“Makan angin…”
Penat tahap malas nak layan apa-apa soalan. Ha ha ha!
Ok dah tertunai janji Mama pada anak-anak. Anak puas hati, Mama pun happy!