Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, lepas lebih sebulan dari tarikh tutup permohonan jawatan kosong di UiTM, Mama terima emel dan SMS untuk sit exam bagi gred 41.
Sebelum ini, pernah dapat sampai sesi temuduga peringkat ke-2 bagi gred N41 (Penolong Pendaftar) tapi bukan rezeki untuk dapat jawatan itu. Tak apa, sekurang-kurangnya Mama dah ada pengalaman dari peringkat ujian bertulis sehingga ke temuduga peringkat ke-2.
Tak putus asa, cuba lagi selagi masih berkelayakan.
Dulu ujian bertulis. Sekarang lebih mudah dengan ujian online.
Antara kategori soalan yang termasuk dalam sesi ujian
Gigih betul pergi snap gambar setiap soalan. Tapi Soalan 80, LUPA pulak nak snap. Excited sangat dapat jawab semua 80 soalan dalam masa 60 minit. Ha ha ha!
Exam online ni mudah sebab dari segi nak akses jawapan, sempat nak Google-ing jawapan. Cuma kena pantas tang membaca dan cari jawapan dalam artikel berkaitan.
Nah, share sedikit soalan ikut kategori
Kategori Pengetahuan Am (Malaysia)
Kategori Pengetahuan UiTM
Bab UiTM, sempatlah study sebelum sit exam, sambil buat nota. Kebetulan masa tempoh ujian berlangsung, website UiTM down oi! ha ha ha! Mesti sengaja tu admin bikin down. Ciskek betul!
Kategori Dasar-Dasar Kerajaan
Kategori Daya Menyelesaikan Masalah
Elok je start soalan kategori ini, menggelabah kejap! “Alamak! Kalkulator lupa ready oi!” Nasib baik teringat ada apps Calculator dalam handphone. Ha ha ha! Maklumlah, bila gelabah, masalah simple pun kadang-kadang boleh tak tahu nak selesaikan macam mana.
Kategori Kewangan
Kategori Perintah Am
Fuh! nadi memang berdenyut laju berlawan mana nak baca dan faham soalan. Lepas tu nampak pulak saat count down punya besar kat sebelah.
Digalakkan study la terlebih dahulu pasal UiTM sebab fakta tu ada dalam website UiTM. Lagi pun tak adalah banyak mana berbanding nak study pasal Pengetahuan Am (Malaysia) atau pun Dasar Kerajaan yang memang luas skopnya. At least, tahu juga sedikit sebanyak overview pasal bakal majikan iaitu UiTM. Nampak juga usaha kita seolah-olah macam kita ni usaha nak ambil hati orang yang di’kejar’ tu. Gituuu.
Apa-apa pun keputusannya, Redha ajer sebab tahu… Dah usaha sehabis baik. Semoga ada rezeki untuk diri ini. Aminn….

