Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Sejak anak sudah mula masuk tadika, aku jadi seorang ibu yang cuba untuk amalkan pembelajaran di rumah (homeschooling) dengan lebih serius. Segala macam keperluan aku siapkan.
Sekarang, aku usaha untuk sediakan alatan mengajar / belajar iaitu suku kata. Untuk ketahanan jangka masa panjang, aku cuba kaedah LAMINATE. Elak bahan dari terkoyak atau kotor.
Awalnya memang niat nak beli laminator machine. Bila cakap pada suami, dengan laju dia reply “Allah… Guna seterika pun boleh laminate. B pernah buat dulu. Senang je…”
Aku guna laminate paper dengan kualiti 100 micron ke atas. Menurut Adlil Rajiah, kualiti kertas 100 micron ke atas adalah kualiti yang baik.
Cara-caranya :-
- Letakkan kain sebagai alas bawah.
- Masukkan kertas ke dalam laminate paper. Letak atas kain alas tadi.
- Alas bahagian atas dengan kain nipis. Aku guna shawl yang jarang supaya senang nampak kot kena ke tidak gosokan pada bahannya.
- Gosok dengan seterika. Gosok jangan tak gosok. Ha ha!
Tahap kepanasan seterika? Mulakan dengan suhu rendah. Naikkan sedikit demi sedikit. Tengok kesannya. Lain seterika, lain ragamnya. Asalkan tak cair dek panas dah la.
Haaa… Kalau jadi rupa macam ini, maknanya ada udara. Sila gosok guna bahagian bucu/muncung seterika.
Taraaa. Siap lah beberapa keping dalam masa 1 jam. Bukan apa, sambil buat sambil layan anak main. Sudahnya, stop iron, join anak main. Ha ha!
