Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kembara Susu Ibu (Bahagian 12)
Ibu yang menyusukan, memang sentiasa mencari keperluan yang memudahkan proses penyusuan. Salah 1 perkara yang WAJIB dititikberatkan adalah dari segi pakaian. Semestinya yang breastfeeding friendly & menutup aurat di bahagian dada. So, aku jumpa Feedmilk yang famous dengan hashtag SelamberSelak, #SelamberSelakDepanKuihRaya sempena musim raya ni.
Dalam 10.50 pagi aku dan suami dah terpacak depan kedai. Nasib baik ada suami yang sungguh supportive! Sanggup tunggu bini dia 1 jam 30 minit untuk selesai shopping. He he.
H-50-1, Jalan Serai Wangi M16/M, Alam Avenue 2. Tingkat atas.
Sampai depan butik lebih kurang 10 minit awal. Nampak dah agak ramai shoppers dah sampai lebih awal. Suami kata “Dorang tidur situ kot, tu awal tu” Ha ha! Ingat macam Raya Fest di PWTC tu ke?
Gigih betul mak-mak yang datang shopping siap bawak anak kecik! Pulak tu ada yang sampai tertidur anak tu teman mak menunggu. Tak kurang jugak ada bayi yang dok teriak nak susu kot. Aduhai…
Paling respect pada orang laki macam ni…
Bapak jaga anak kecil, bagi peluang kat bini nak shopping. Pandai buat anak, wajiblah pandai jugak jaga anak. He he.
Macam biasa, mesti akan ada nombor giliran. 30 pembeli dilepaskan untuk group pertama. Then, 10-10 pulak. 100 pembeli pertama berpeluang dapat 1 helai baju t-shirt menyusu secara PERCUMA!
Ruang butik yang kecil, memang sempitlah bila masuk ramai-ramai kan…
Alahai… 1 je staff yang jaga kaunter bayaran. So, proses bayaran jadi sangat lama. Katanya “saya tak expect akan jadi ramai / sesak gini..” sambil sengih-sengih dan kesat peluh di dahi. Huiii.. Kalau beli online pun 5 minit je dah SOLD OUT, dah nampak kan macam mana sambutan mak-mak menyusu ni? Ish ish ish.
Ramai jugak personal shoppers yang amik order dari mak-mak yang tak sempat / tak boleh datang sebab jauh. Itu yang sekali dorang borong baju, penuh meja kaunter. Ish ish ish. Lagi lah lambat proses bayaran. Pulak tu, bayar hanya secara TUNAI atau ONLINE je. Tak boleh guna kad.
Baju yang ada kat rak, untuk display je. Amik try, then kena jumpa staf Feedmilk untuk request saiz yang berkenan.
Yang aku terkejutnya, boleh pulak aku TERjumpa dengan sorang family member, makcik aku, dia staff kat situ. Lepas ni, boleh la calling-calling nak mintak reserve ke apa kan kot ada produk baru. Tak payah nak susah payah beratur macam tadi. Ha ha ha!
Aku ‘sebat’1 helai Farrel blaus menyusu & 1 helai Fleur jubah menyusu. Juga dapat 1 tee-shirt menyusu secara PERCUMA! Yihaaa!
Untuk yang ini, dia buat jualan hanya di butik. Tapi kalau lain masa, boleh jugak kalau nak beli baju menyusu di Feedmilk.com. Tapi, sekejapan je SOLD OUT once dia publish stok baru. Nasib nasib lah.
Kredit gambar to Feedmilk FB page