Site icon Blog Anak Perak

KEMBARA SUSU IBU (BHGN 12) : RESEPI SUSU KURMA DI BULAN RAMADHAN UNTUK TENAGA IBU MENYUSU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kembara Susu Ibu (Bhgn 11) : Diploma Penyusuan

Alhamdulillah hari ini hari ke-13 aku berpuasa. Supply susu ada drop sikit. Maklumlah, tak boleh nak minum air banyak-banyak time siang macam biasa. Harapkan 3 Liter air masak je lah time malam. Solution untuk supply = demand? Tambah sesi mengepam waktu malam. Gigihlah aku kena berjaga 2 3 pagi pulak nak mengepam.

Haus gila kau siang-siang ni. Hanya mampu bertahan je. Alhamdulillah jugak perut tak meragam / menunjukkan tanda lapar.

So, untuk bekalkan tenaga sepanjang bulan Ramadhan ni, aku amalkan minum susu blend bersama kurma

Bahan-bahan:

Jpeg

1) 1 mug susu (aku guna susu Dutch Lady Pure Farm) 

2) 3 / 5 biji kurma dibuang biji & kulit

Caranya : blend semua bahan

Mudah bukan? Maniiisss… Aku panggil Resepi Susu Kurma.

Untuk ibu menyusukan ni, sumpah aku cakap, badan terasa letih sangat-sangat sebab banyak hilang air. Setiap kali lepas mengepam / menyusukan anak, memang tekak akan terasa saaaangat haus! So, untuk bantu bagi tenaga, kurma sangat membantu.

Aku amalkan minum ketika berbuka & sahur. Kadang-kadang missed jugak sebab malas aku minum susu je. Ha ha.

Alhamdulillah bila aku amalkan minum susu kurma ni, badan terasa kurang lah penatnya sebab kurma kan salah 1 sumber tenaga. Jika bernasib baik, minuman ni boleh jadi milkbooster (penggalak susu). Bagi aku, setakat ni tak ada lah. Just untuk tenaga dan ia memang berhasil.

Cubalah! :-)

Exit mobile version