Site icon Blog Anak Perak

BEZA BILA ADA ANAK & BILA TIADA ANAK

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hari ini 01 Oktober 2014, Afiq Hazim umur 1 tahun 4 bulan. Seriously, aku rasa sekejap sangat masa dah berlalu lepas lahirkan dia tahun lepas. Seminggu ni, TERpaksa tinggalkan Afiq kat rumah atok dan wan dia kat Cyberjaya. Seminggu. Pengasuh Afiq tak dapat jaga sebab anak bongsu dia kena demam campak. Bila aku cerita kat mama, maka dengan lajunya mama respon

Kebiasaannya, aktiviti pagi Afiq ketika di Cyberjaya

 

Mesej ni semua masa aku dan Afiq stay kat Cyberjaya sepanjang ketiadaan suami kerana bertugas ke luar negara.

Hari-hari aku akan Whatsapp dengan mama untuk tahu perkembangan Afiq. Pelik rasanya bila balik dari kerja, masuk dalam rumah, Afiq tak ada! Sunyi. Incomplete… :-( Tapi kan, bila Afiq tak ada ni, rasa macam heaven je nak buat kerja rumah. Kalau tidak, 1 kerja sampai 2 3 jam ambil masa nak siap sebab 3/4 masa kerja tu including melayan Afiq je. He he.

Tapi… bila Afiq ada…

Buat perangai! :-D
Exit mobile version