Assalamualaikum semua. Entri ini sambungan dari NYAH KOTAK P1 MIFI. Baiklah aku ceritakan serba sedikit tentang P1 MiFi MF230 ini. P1 MiFi MF230 ini merupakan broadband dan dalam masa yang sama dia adalah Router. Ini bermaksud, modem P1 MiFi MF230 akan connect ke internet dan dalam masa yang sama share connection internet tersebut. Anda boleh menggunakan banyak device dalam satu masa. Seperti yang aku buat, aku akan connect modem P1 MiFi MF230 ke desktop komputer aku sebab komputer desktop aku tiada wireless. Dalam masa yang sama wife aku boleh gunakan internet di tablet dia. Jadi tidak perlu langgan internet banyak-banyak.
Hampir tiga minggu aku gunakan P1 MiFi MF230. Sudah jauh P1 MiFi MF230 menjelajah bersama aku. Pada 11-13 September lalu aku ada kursus di Johor Baharu. Maka dari Selangor hingga ke Johor dia menemani aku dan memberi khidmat kepada orang lain. Sharing is caring kan? Dengan P1 MiFi ini juga penyelamat banyak pihak. Kenapa aku cakap macam tu? Pada tanggal 14 Oktober aku mendapat Cuti Sakit aka MC selama 22 hari. Lama bukan. Jadi semua kerja aku di pejabat tertangguh. Namun dengan dengan adanya P1 MiFi MF230 dapat membantu aku membuat kerja secara remote dari rumah sahaja.
Selain itu aku ada buat kerja freelance, jadi memang aku menggunakan P1 MiFi pada tahap maximum. Memang berjasa P1 MiFi. Walaupun coverage di rumah aku ini tidak berapa hendak elok sangat tapi aku still dapat speed yang memuaskan seperti gambar di bawah.
Bagaimana hendak pastikan coverage anda poor or good? Mudah sahaja, perhatikan P1 MiFi MF230 anda. Bila bahagian signal menunjukkan warna merah – poor,oren – medium dan hijau – good. Perhatikan gambar dibawah untuk speed test aku buat bila coverage good. Laju bukan. Esok sudah kena pulangkan P1 MiFi MF230. huhu..rasa sedih lak. Tapi apakan daya, sudah pinjam kena pulangkan. Ok jumpa next entri. Night..