Site icon Blog Anak Perak

Sampai Upin & Ipin Menjadi Mangsa

Aku dapat benda ini dari wall facebook aku yang telah di share oleh rakan aku. Korang baca sendiri:

Jangan sebut Upin & Ipin. Sebutlah Uffin & Ariffin!!!!!!!!!!!!!!”
by Asan Ramli on Wednesday, November 3, 2010 at 2:12am

**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DAN BUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN…***

***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***

Sebutlah Uffin bukan Upin

Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku benci Rasul.”

Sebutlah Ariffin bukan Ipin

Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud “Aku suka Israel .”

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada baju Ipin.”U” bermaksud ” USA “”I” bermaksud ” Israel ”

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ‘ i ‘ pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ‘ Israel ‘ .4g pula bermaksud “god, gold, glory and girl”. kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.

ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..

***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,KITA KONGSI KAN BERSAMA***

Aku tak paham dengan manusia sekarang. Dia tahukah pengasas animasi upin dan ipin ini adalah dari syarikat animasi Les’ Copaque Production Sdn Bhd. Syarikat 100% milik orang melayu yang sedia maklum juga adalah Islam. Agak-agak pon anti yahudi, israil dan amerika sekalipon hendak menulis pon biar la ada asasnya. Jangan main tulis ikut sedap hati jer. Kalau betul tidak mengapa, kalau tidak betul boleh jatuh kepada dosa menfitnah. Sudah la post di Facebook. Bila sorang baca dan di share kepada orang lain, dan orang lain share kepada orang-orang lain. Dengan sekali klik dosa berganda. Jadi lu pikir la sendiri.

Exit mobile version