Assalamualaikum dan salam ramadhan. Aku hendak mengajak blogger-blogger yang ade masa terluang dan berminat untuk berbuka puasa sekali. Tujuan majlis ini dibuat adalah sekadar untuk lepak-lepak dan bersuai kenal. Bukan aktiviti formal pon. Makan pon order dan bayar sendiri. :)
Majlis akan dibuat dia kedai makan Permai Western & Tom Yam, Jalan AU 1A/1 Setiawangsa. Kedai ini menjual makanan goreng-goreng panas, western food yang terkenal dengan kemurahan dia dan macam-macam lagi. Ini bukan makan secara buffet yer, jadi kena order. Oleh sebab demikian kalau boleh berkumpul area situ dalam pukul 6 untuk order makanan. Berdekatan dengan kedai tersebut terdapat bazar ramadhan, jadi siapa hendak mencari makanan tambahan juga boleh. Tapi yang penting, restoran ini menyediakan kurma dan air suam PERCUMA.haha..
Tempat : Permai Western & Tom Yam, Jalan AU 1A/1, Setiawangsa.
Masa : 6.00 petang
Tarikh : 21 Ogos 2010 (Sabtu)
Kalau berminat korang boleh comment di bawah dengan menyatakan berapa kepala mahu join sebab hendak buat tempahan meja. Paling lewat korang bagi tahu hendak join ialah jam 4.00 petang 20 Ogos 2010 (Jumaat).Bila korang sudah kompem baru aku kasi no telefon untuk korang contact aku kalau tidak jumpa anak perak yang hensem ni :p Nanti letak sini takut ade orang jaja.
Tetamu Yang Akan Handir :
- Anak Perak dan pasangannya Journey Of Red
Sekilass ,pasangan dan seorang anaknya (hoh? Dah ade anak)- Skyone dan ?? (Takkan solo jer bro? :p)
- Atreyu Strange dan pasangan
- Maria dan pasangan
- Bro Framestone dan pasangannya Khaizarien
- Zuriey
Kalau hendak main-main google map, bawah ni aku sediakan.
View Larger Map