Site icon Blog Anak Perak

Keracunan Angkara Bazar Ramadhan

Assalamualaikum dan salam satu malaysia. Cewah semangat patriotik sikit. Ye la merdeka sudah hampir, kena ade semangat kemerdekaan. Kereta aku pon ada bendera Malaysia tapi satu² cabut ditiup angin jd terus malas hendak letak dah. Petang kelmarin dengan tiba² aku rasa hendak muntah dan pitam. Pelik betul aku tiba-tiba jadi macam tu, balik jer rumah terus tido.Memang tidak beli makanan buka puasa coz tidak larat, last² buka puasa dengan dua biji kurma dan air kosong.

Esoknya, masa bersahur still rasa tidak berselera makan. Bazir nasi tu, buang begitu sahaja. Tapi apa hendak buat, sudah tidak berselera. Pukul 8, sms boss cakap tidak sehat. Aku datang office hari ni,baru aku tau bos aku pon mc, dua hari pula tu. Lepas tu cinta hati aku kata hendak datang bawak aku ke klinik. Ngeh³, ini buat aku sayang dia lebih ni :) Pergi klinik doktor cakap aku keracunan. Lepas tu siap pesan jangan beli makanan di bazar, masak sendiri. Erk, tersedak aku. Mana reti aku bab masak memasak ni. Masak air pon hangit. Tapi ape pon nasihat doc dan ubat apapon yang doc nak kasi saya tidak kisah janji mc jangan lupa yer.hihi..Dalam tidak sihat tu, pergi juga One Utama tu.Untuk apa aku kesana? Tunggu entry aku seterusnya..

Exit mobile version