Selamat petang. Sape pergi tengok karate kid malam ini? huhu..best la korang. Aku buat kali kedua tidak dapat. Entoh x der luck kot, kena mandi bunga lepas ni. Kreativiti aku sudah kurang, mungkin ada benda yang mengganggu kepala otak aku ini untuk berfikir. Sebab itu kalau korang perasan aku sudah lama tidak buat post untuk Instant Cash Project Alpha. Kalau tidak, laju jer aku buat post.
Sekarang rasa macam malas nak join contest anjuran Nuffnang, bukan sebab down tidak dapat ticket free buat dua kali berturut² tapi aku memang sudah tahap tidak boleh berfikir secara logik. Hendak keluar satu entri pon susah seperti ketika sedang sembelit. Jenuh meneran tapi tidak keluar² jugak. Boleh tak aku hendak bersara. ish..baru berblog tak sampat setahun takkan nak bersara kot. Jangan harap der.hehe..
Apalah yang menggangu kepala otak aku dari berfikir. Hendak kata fikirkan awek, masih solo. Hendak fikir pasal keluarga? erm..baru saje balik kampung dan mereka semua ok. Hendak fikir pasal kerja, rasanya tidak presure sangat sekarang. Erm..entoh la. Kena pergi bercuti aku rasa coz aku lama tidak pergi bercuti jauh². Asyik terperap kat sini jer. Bilik free untuk 3 hari 2 malam di Legend Hotel, Cherating ada dah ni. Bila mahu pergi, aku sendiri tidak pasti..
