Site icon Blog Anak Perak

Facebook Tidak Melindungi Identiti Kita

Ok sesiapa disini tidak tahu Facebook itu apa? Kalau tidak tahu aku nak cerita dulu tentang Facebook dulu. Tapi kalau sesiapa yang tidak tahu, korang boleh baca di sini. Majority friend kat Facebook aku sume aku tidak kenal. Dulu aku ni jenis main accept orang jer. Malas aku nak check identity dia sape. Tetapi sekarang banyak sangat iklan skim cepat kaya. Aku accept dulu then tengok wall dan gambar, agak banyak sangat status dan gambar merepek aku block terus.

Lagipun polisi Facebook adalah mereka tidak akan bertanggungjawab jika identiti kita jika dicerobohi. Jadi korang berhati-hatilah dengan identiti korang. Jangan main letak maklumat peribadi. Aku tengok ada orang siap letak alamat rumah dah no telefon. Memang bahaya der. Dengan maklumat itu sahaja, bukan setakat akaun bank korang sahaja boleh dicerobohi malah identiti korang pon boleh dicuri. Cukup sekadar korang meletak nama dan hobby. Alamat email juga kalau boleh dielakkan untuk paparan.

Untuk mengurangkan bahaya identiti anda dilihat oleh orang yang tidak dikenali atau gambar dilihat oleh orang yang bukan dari friends anda. Anda boleh setting privacy untuk memastikan hanya maklumat yang perlu sahaja di paparkan untuk orang tertentu sahaja.

Lihat ke sebelah kanan atas home screen Facebook korang, tekan menu Account dan akan keluar drop menu dan korang pilih Privacy Settings.

Ambil Customize Settings dan settings mengikut kehendak korang. Kalau boleh buat semua untuk paparan untuk Friends sahaja.

Tetapi aku sarankan korang jangan letak langsung maklumat peribadi untuk keselamatan korang sendiri kerana settings ini tidak menjamin maklumat korang tidak dapat dilihat. Dalam dunia IT sekarang, tiada yang mustahil.

Exit mobile version