Tegur blog orang lain? Layakkah aku menegur blog orang lain. Aku rasa aku tidak layak. Aku pon masih baru dalam bidang blog ini. Jadi aku rasa serba salah untuk tegur atau bagi pendapat takut orang akan berkata, berlagak bagus la ini orang. Macam la otai blogger.
Tapi selalu juga aku ada nampak benda tidak betul atau ingin bagi pendapat, tapi nasib baik dihalangan oleh rasa sedar diri. Jadi aku ambil langkah, tegur dalam ati. Itulah selemah² iman . Lagipon takut keluar ayat keramat, “suka ati aku la, aku punya blog. Ape ko kesah”.Kadang² sesetengah orang memang tidak boleh terima pendapat orang lain atau berasa terhina gile bila orang tegur. Sebab itu aku tidak mahu tegur kalau aku tidak kenal orang itu jenis macam mana.
Tapi bagi yang mana aku kenal, aku akan tegur secara private takut dia rasa terhina. Tetapi still aku rasa bersalah, coz aku rasa mesti dalam ati dia akan berkata. Sape mamat ini untuk tegur aku? Blog sendiri visitor tidak sampai 50 orang sehari. Ade hati mau tegur aku.huhu..Jadi untuk langkah selamat buat tutorial. Maka, sape makan cili terasa pedasnya.
