
Aku tengok cerita ini petang semalam. Awat aku malas sangat untuk buat reviews cite ni? Entoh, mungkin cerita ini tidak cukup gempak bagi aku. Tapi memang ramai orang nak tengok, nak book jenuh aku tengok tiap² hall yang mana kosong. Sampai kat cinema lagi la, beratur panjang. Aku dengan muka senyum x payah beratur sebut no terus dapat ticket.haha..
Korang ni ape la susah sangat nak beratur panjang² kan ade book online. Xkan tak reti guna kot?Aku rasa majoriti yang beratur tu mesti ada akaun maybank, jadi guna la perkhidmatan Maybank2u.Sanggup beratur, ish idok ler teman nak beratur.Tiba² beratur sekali bagi tau ticket habis, x ker tension dibuatnya.
Eh apa yang aku membebel ni bila nak reviews nya.Ok, cerita Iron Man 2 kesinambungan dari Iron Man 1. Siapa yang tidak pernah tengok Iron Man 1 baik korang tengok dulu yang 1 baru tengok yang 2 coz memang tidak paham watak.Lama juga cerita ni, start 1.40 habis hampir pukul 4.Kira la berapa jam.
Identity Tony Stark (Robert Downey, Jr.) sebagai Iron Man 2 sudah terdedah. Bebeza dengan super hero lain, Tony ini jenis berlagak dan suka menunjuk.Justin Hammer (Sam Rockwell) cemburu dengan kejayaan Tony dan ingin mencipta iron man tetapi tidak menjadi dan meminta bantuan Ivan Vanko (Mickey Rourke) iaitu anak kepada Anton Vanko yang sebelum ini menjadi partner kepada ayah Tony
Ivan mencipta Iron Drones dengan bantuan Hammer dan menyerang Iron Man. Apa terjadi selepas itu? Adakah Tony mati selepas diserang bertubi-tubi oleh tentera Iron Drones dan War Machine yang dipakai oleh Lt. Colonel James Rhodes (Don Cheadle) yang merupakan kawan Tony. Korang saksikan sendiri. Tapi make sure booking sebelum pergi.Takut datang sia² coz ticket habis
Agak membosankan juga sebab banyak membebel dari aksi. Jadi menyebabkan jalan cerita agak hambar.Jadi cukuplah aku beri 3 bintang untuk cerita Iron Man 2.
